1.2 JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN
1.2.1 PERKHIDMATAN INVENTORI , TAKSIRAN DAN REKOD.
Antara
perkhidmatan yang paling penting dan perlu dilaksanakan di bilik kaunseling
ialah pengendalian fail bimbingan dan kaunseling. Pengendalian fail bimbingan dan kaunseling ini
dikendalikan bagi setiap murid oleh guru kaunseling. Guru kaunseling perlu mengumpul dan
merekod butiran ujian dan penilaian diri pelajar. Selepas itu, guru
tersebut harus mengemaskinikan rekod kaunseling
pelajar. Di samping itu, guru kaunseling
harus mentafsir data untuk tujuan pembangunan diri pelajar.
1.2.2 KHIDMAT PENGUMPULAN DAN MEMBERI MAKLUMAT
Perkhidmatan
yang perlu guru kaunseling menitikberatkan nya
adalah tentang penyebaran
maklumat pendidikan dan kerjaya. Segala maklumat pendidikan dan program kerjaya
perlu dilaksanakan oleh guru kaunseling di sekolah rendah. Ini boleh memudahkan
murid mendapat sedikit pendedahan tentang dunia pendidikan. Sebagai contoh,
murid tahun enam yang ingin melanjutkan pelajaran sekolah menengah di sekolah
teknik juga boleh mendapatkan syarat kemasukan dan cara memohonnya di bilik
bimbingan dan kaunseling.
Selain
itu, perkhidmatan kerjaya seperti program
teori kerjaya dan inventori kerjaya juga dilaksanakan oleh guru
kaunseling. Melalui perkhidmatan kerjaya ini,
murid dapat mengetahui bakat dirinya. Jadi, murid mudah memilih cita-cita mereka mengikut kebolehan dan keminatan yang
ada padanya. Seterusnya bilik kaunseling juga menjadi pusat penyebaran maklumat
mengenai isu semasa pendidikan. Untuk itu, seseorang guru kaunseling perlu
mengemaskinikan papan tanda dengan isu yang bangkit dalam alam pendidikan.
Bukan sahaja murid, tetapi guru lain juga boleh menjadikan bilik kaunseling
sebagai tempat penyebaran isu semasa tentang dunia pendidikannya.
1.2.3 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Perkhidmatan yang seterusnya adalah khidmat krisis kaunseling.
Perkhidmatan krisis kaunseling bermaksud
berikutan itu, terdapat beberapa jenis kaunseling seperti kaunseling
individu, kaunseling kelompok, kaunseling pengembangan diri dan
kaunseling kerjaya. Kaunseling individu dijalankan secara individu kepada seseorang murid. Ia terbahagi kepada empat bahagian kecil iaitu kaunseling individu akademik, kaunseling individu kerjaya, kaunseling individu peribadi dan kaunseling individu tentang penyalahgunaan dadah.
kaunseling kerjaya. Kaunseling individu dijalankan secara individu kepada seseorang murid. Ia terbahagi kepada empat bahagian kecil iaitu kaunseling individu akademik, kaunseling individu kerjaya, kaunseling individu peribadi dan kaunseling individu tentang penyalahgunaan dadah.
Kaunseling
individu akademik selalunya dijalankan
untuk membimbing murid untuk membuat pilihan mata pelajaran yang selarannya
dengan minat, keupayaan dan pencapaian mereka. Kaunseling individu kerjaya pula
dijalankan untuk membantu murid mendapat maklumat kerjaya yang sesuai dengan
perkembangan minat, keupayaan dan pencapaian klien.
Kaunseling
individu peribadi sedikit berbeza daripada kaunseling individu yang lain.. Kaunseling individu peribadi semangat
sensitive dan perlu menangani dengan berhati hati. Ini kerana isu yang dibawa
oleh para murid terdiri daripada hal percintaan, perhubungan social, isu
kewangan, isu kekeluargaan, persahabatan, pengurusan emosi. Komunikasi positif,
peningkatan konsep kendiri, estim kendiri dan lain.
Kaunseling
individu tentang penyalahgunaan dadah juga sebahagian daripada kaunseling
individu. Walaupun masalah ini bukanlah begitu kerap berlaku di sekolah, tetapi
guru perlu memikirkan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku sesuatu
perkara sebegitu.
Kaunseling
ini lebih berfokus kepada murid yang salah bergaul dengan samseng, penghisap
dadah, pil khayal dan pil kuda. Kebiasaannya murid yang terlibat dalam gejala
sebegini tidak dapat menumpukan pada pelajaran. Mereka lebih gemar untuk tidur
dalam kelas, kurang bermaya dan hanya berada dalam dunia sendiri.
1.2.4 KHIDMAT PENILAIAN
Perkhidmatan yang
perlu dilaksanakan di bilik bimbingan dan kaunseling adalah membuat penilaian
program bimbingan dan kaunseling yang disediakan secara formatif dan sumatif.
Penilaian secara formatif bermaksud atau jenis ujian formal atau tak formal
untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Penilaian
sumatif pula bermaksud satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian
dalam sesuatu tap persekolahan.
1.2.5 KHIDMAT INVENTORI DAN REKOD
Seterusnya, perkhidmatan kaunseling
yang terdapat di bilik kaunseling adalah pengendalian
fail bimbingan dan kaunseling. Guru kaunseling perlulah mengumpul dan merekodkan butiran-butiran penilaian dan
pentafsiran minat murid (Kad 001 R/ 001 M) untuk mengetahui tentang diri
seseorang murid
.
1.2.6 KHIDMAT PENEMPATAN
Selain itu, unit
kaunseling juga perlu menyediakan pembantuan kepada para pelajar dalam
penempatan kelas dan aliran. Seseorang guru kaunseling boleh memberi cadangan
penempatan seseorang murid mengikut aliran yang sesuai kepada dirinya.
Kebiasaannya, guru kaunseling di sekolah menengah menentukan penempatan para
pelajar lepasan PMR ke aliran sains dan bukan sains.
1.2.7 KHIDMAT KONSULTASI DAN RUJUKAN
Selain itu, ahli
kaunseling juga menjadi orang yang berkuasa untuk memberi khidmat konsultasi
kepada guru, pentadbir dan ibu bapa.
Walaupun golongan yang berpelajaran seperti guru dan pentadbir, namun
adakalanya berlaku perselisihan faham antara mereka. Pelbagai masalah dapat
diselesaikan dengan adanya khidmat konsultasi daripada ahli kaunseling.
Ekoran itu, khidmat yang disediakan di
bilik kaunseling adalah merujuk pelajar kepada
pihak yang tertentu untuk mendapatkan khidmat pakar dan lanjutan. Sebagai
contoh, guru kaunseling boleh merujuk tentang kelebihan seseorang murid kepada
guru kelas, guru kokurikulum ataupun jurulatih bagi membantu murid tersebut
menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
1.2.8 KONFERENSI KES
Perkhidmatan yang
terakhir adalah pelaksanaan strategi
dalam memberikan bimbingan dan memberikan kebajikan kepada para pelajar.
Permasalahan murid akan dibincangkan bersama dengan pakar-pakar iaitu yang
terdiri daripada guru kelas,
guru disiplin, doktor dan jururawat, pegawai
kebajikan masyarakat, guru besar, kaunselor sebagai penyelaras.
Ini bertujuan untuk menyemak dan menganalisis sesuatu kes dan merancang kaedah pertolongan dan bimbingan yang diperlukan oleh pelajar.
Ini bertujuan untuk menyemak dan menganalisis sesuatu kes dan merancang kaedah pertolongan dan bimbingan yang diperlukan oleh pelajar.
1.3 JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING
1.3.1 KAUNSELING PENCEGAHAN
Khidmat pencegahan
bermaksud perkhidmatan memberi maklumat mengenai elemen yang membahayakan diri
dan masyarakat secara individu dan kelompok. Sebagai contoh, isu bencana alam iaitu tsunami ataupun
gempa bumi menjadi buah mulut orang ramai di seluruh dunia. Namun, terdapat
juga beberapa orang sengaja mengatakan sesuatu mengenai bencana alam tersebut
tanpa mengkaji secara terperinci. Tugas unit kaunseling adalah merumuskan apa
yang benar tentangnya dan menyampaikan kepada murid di sekolah rendah.
1.3.2 KAUNSELING
PERKEMBANGAN
Perkhidmatan
seterusnya ialah guru kaunseling perlu mengadakan hubungan dengan penjaga
mengenai kemajuan pelajar. Guru kaunseling bolehlah mengaturkan program
perjumpaan dengan para ibu bapa untuk berbincang tentang kemajuan dan kebolehan
murid dalam aktiviti sekolah. Dengan ini, ibu bapa dapat memahami rupa asal
anak dalam sekolah. Terdapat beberapa murid yang tidak menonjolkan watak
sebenarnya kepada kedua dua ibu bapa. Mereka sering berpura pura terhadap ibu
bapa kerana takut akan dimarahi oleh kedua ibu bapanya. Jadi, ibu bapa bolehlah
menggunakan kesempatan ini untuk mengetahui tentang pendirian anak mereka
dengan lebih terperinci.
Selain itu, guru
kaunseling juga berperanan untuk mendapat kerjasama ibu bapa dengan program
pembangunan diri pelajar. Ini disebabkan program pembangunan diri pelajar perlu
dilaksanakan dengan kebenaran ibu bapa. Jadi, guru kaunseling harus bertungkus
lumus untuk mendapatkan kebenaran dan kerjasamanya.
1.3.3 KAUNSELING KRISIS
Kaunseling krisis digunakan bagi kes yang
memerlukan perhatian atau tindakan segera guru bimbingan dan kaunseling.
Contohnya, kes hysteria, pergaduhan dalam kelas atau sekolah; percubaan
membunuh diri;penggunaan dadah; kejadian trauma seperti banjir,gempa bumi,
kebakaran, kehilangan ahli keluarga akibat kemalangan,kematian; kes cemas
seperti penceraian ibubapa dan sebagainya.
1.3.4 KAUNSELING PEMULIHAN
Kaunseling pemulihan
dijalankan ke atas kanak-kanak yang berisiko seperti ponteng sekolah, merokok,
vandalisem, melawan guru dan masalah disiplin yang lain. Mereka dikumpulkan
untuk menjalani kaunseling individu atau kelompok bertujuan mengubah perlakuan
masing-masing dan mengelakkan berlakunya krisis.
No comments:
Post a Comment