Penilaian
Majlis
Restu Ilmu UPSR
Pada pandangan saya, majlis restu ilmu
UPSR merupakan suatu program yang baik dan memberi manaat kepada para murid dan
guru-guru sekolah. Ini merupakan satu program di bawah unit bimbingan dan
kaunseling. Guru bimbingan dan kaunseling
menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan B&K di
sekolah. Program ini memberi peluang kepada murid-murid untuk
meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi persediaan UPSR. Program
ini juga memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan pelajar
serta memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah
kejayaan pelajar sekaligus menanamkan sikap mementingkan kaedah pembelajaran
yang berkesan. Tambahan pula, program ini memberikan murid persediaan dari segi
fizikal dan mental ke arah kecemerlangan potensi dan mendapatkan keberkatan ilmu
sebelum menghadapi UPSR dengan jayanya.
Program
ini sesuai jika dikatakan dibawah unit bimbingan dan kaunseling sekolah.
Program ini membantu muri-murid meningkatkan motivasi diri sendiri supaya bakal
menghadapai cabaran yang menanti diri mereka iaitu peperiksaan awam UPSR. Ini
dapat melahirkan seorang murid yang berterima kasih kepada para guru-guru yang
selama ini mengajar dan mengkorbankan segala-galanya ibaratkan lilin. Objektif
program ini dikatakan tercapai kerana tahun tersebut 1 pelajar mendapat 7A, 2
orang 6A, 4 orang 5A dan murid-murid lain mendapat keputusan yang baik seperti
mereka.
Aktiviti
yang dijalankan pada hari tersebut memang sesuai. Contoh aktiviti yang
dijalankan ialah ucapan Guru Besar, guru-guru, Ketua Murid tahun 6, ibu bapa,
mendapat izin restu daripada para guru dan ibu bapa, mendapat restu daripada
tuhan dan sebagainya. Selain itu, program ini memberi manfaat kepada para
pelajar tahun 6 kerana melalui izin restu ibu bapa dan para guru, mereka
mendapat keputusan yang baik dan melangkah ke hadapan dalam kehidupan mereka.
Ini merupakan saat yang dinantikan oleh para guru dan murid-murid. Murid-murid
tahun 6 telah menjadi teladan kepada adik-adik mereka yang bakal mengharungi
cabaran ini.
Majlis
Sayangi diri (COMBI)
Pada pendapat saya, program Sayangi
Diri COMBI merupakan suatu program di bawah unit bimbingan dan kaunseling
kerana di bawah unit bimbingan dan kaunseling terdapat pelbagai program
mengenai kesihatan, keselamatan dan kebersihan bagi murid-murid sekolah rendah.
COMBI adalah singkatan dari perkataan Communication For Behavioral Impact atau
mengubah tingkahlaku melalui komunikasi. Program COMBI bertujuan untuk
memperkasa peranan komuniti/masyarakat dalam mencegah dan mengawal kejadian
penyakit denggi kerana kebanyakan kejadian penyakit denggi ada hubungkait
dengan tingkahlaku manusia.Denggi disebabkan oleh nyamuk Aedes yang mengandungi
virus. Oleh itu, pengurangan tempat pembiakan nyamuk Aedes boleh mencegah
penyakit denggi dan ia boleh diatasi melalui komitmen perubahan tingkahlaku
manusia.
Objektif program ini dijalankan
ialah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid sekolah tentang bahaya denggi
serta memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran di dalam mencegah dan mengawal
kejadian penyakit denggi di sekolah dan di rumah. Program ini melibatkan semua
warga sekolah dalam aktiviti pencegahan dan pengawalan demam denggi dan
meningkatkan pengetahuan mengenai demam denggi dan nyamuk aedes. Selain itu,
program ini bertujuan memupuk gaya hidup yang sihat dan bersih. Program ini
dapat menghasilkan rakyat yang prihatin terhadap persekitaran dan mewujudkan
masyarakat sifar denggi. Program ini mencapai objektifnya di sekolah itu.
Murid-murid sangat prihatin dalam menjaga kebersihan di sekolah. Mreka tidak
membuang sampah di merata-rata tempat dan mereka lebih memahami bagaimana cara
mencegah penyakit denggi daripada dijangkiti. Program dapat mencapai
objektifnya dan penglibatan murid memang memuaskan.
Bagi
menyemai pengetahuan dan amalan baik di dalam kawalan denggi kepada periingkat
umur yang rendah supaya pengetahuan dan amalan tersebut dapat diteruskan
apabila deawasa nanti. Di samping itu, diharapkan murid sekolah dapat menjadi
agen perubahan kepada bebas denggi di rumah, kampung/taman dan seterusnya
kepada masyarakat umum. Kajian daripada negara-negara lain telah menunjukkan
bahawa aktiviti kawalan denggi yang ditumpukan kepada golongan kanak-kanak
sekolah telah mencapai kejayaan.
Aktiviti
yang dijalankan pada hari tersebut iaitu mewarna poster, kuiz kesihatan,
ceramah dan sebagainya sesuai bagi murid-murid dan dapat mengubah tingkahlaku
dan pemikiran para murid mengenai penyakit denggi.
Perjumpaan dengan Ibu Bapa
Program ini juga merupakan program di
bawah unit bimbingan dan kaunseling. Objektif program ini ialah menjalinkan
kerjasama padu antara ibu bapa dan guru dalam usaha membantu meningkatkan
prestasi murid. Motivasi murid bersama ibu bapa masing-masing untuk
memberi pendedahan kepada ibu bapa bahawa anak-anak memerlukan sokongan untuk
berjaya disamping meningkatkan semangat belajar. Program ini telah memberi input
berguna ke arah menyedarkan ibu bapa akan tanggungjawab mereka terhadap
anak-anak. Motivasi keibubapaan ini turut menggunakan elemen psikologi dan
keagamaan serta membangkitkan kesedaran dan menyuntik semagat ibu bapa agar
sama-sama mendokong hasrat murni sekolah.
Program ini memberi peluang kepada ibu
bapa mengetahui perkembangan anak-anak mereka di sekolah dari segi kurikulum,
kokurikulum, sahsiah dan sebagainya. Jika muri-murid melakukan tingkahlaku yang
tidak diingini seperti ponteng sekolah, tidak membuat kerja rumah, mencuri,
bergaduh, lemah dalam pendidikan, menggangu pdp kelas dan rakan-rakan dan
sebagainya. Program ini membantu para guru membincangkan masalah yang dialami
oleh murid-murid. Apabila masalah ini dibincangakan bersama ibu bapa, maka ibu
bapa dapat membantu guru-guru menyelesaikan masalah kanak-kanak di sekolah.
Program ini memang mencapai objektif
kerana ibu bapa dapat lebih mengambil berat tentang perkembangan anak-anak
mereka dari semua aspek. Program ini sesuai dijalankan oleh unit bimbingan dan
kaunseling dan melalui program ini banyak perkara dapat diselesaikan dengan mudah
dan baik. Kanak-kanak dapat menunjukkan tingkahlaku yang diingini.
Ibu bapa boleh berjumpa dengan ibu
bapa bila-bila masa atau jika ada masalah tentang anak-anak mereka. Perjumpaan
ibu bapa semasa memberi rekod kemajuan akedemik juga dijalankan dan ini memperi
impak semaksima iaitu isu-isu mengenai pendidikan kanak-kanak dibincangkan
serta hubungan ibu bapa dan guru-guru sekolah dapat dipereratkan. Program ini
dapat memberi manfaat kepada pencapaian sekolah dan dapat mengubah tingkahlaku
para murid ke arah yang cemerlang dan berbudi pekerti.
Program
Motivasi UPSR
Program motivasi ini dijalankan bagi
pelajar tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR. Program ini merupakan suatu
program yang baik dan memberi manfaat kepada murid-murid tahun 6. Program yang
dijalankan ini digunakan sebagai alat perangsang dan kesediaan untuk berubah ke
arah kebaikan dan kemajuan. Program ini akan melibatkan penceramah yang terdiri
daripada guru-guru yang cemerlang dalam UPSR serta seorang pensyarah yang
berpengalaman dalam menyampaikan ceramah motivasi. Diharapkan agar matlamat
sekolah dan pelajar untuk mencapai sasaran cemerlang dalam UPSR akan dapat
direalisasikan melalui usaha yang dijalankan dalam program ini demi mencapai
impian sekolah.
Motivasi
ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak
mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk
kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada
kegagalan. Orang yang mempunyai motivasi bererti dia sudah memperoleh kekuatan
bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia ataupun akhirat
ataupun keduanya sekali.
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan awal tentang teknik
belajar yang betul kepada pelajar, memberi motivasi agar diri pelajar lebih
berkeyakinan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, mencungkil kelebihan dan
kelemahan diri individu untuk maju dalam pelajaran, memberi kesedaran kepada
para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul sebagai
pelajar dan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam UPSR.
Program
ini mencapai matlamat dan objektifnya kerana tahun tersebut seorang murid
mendapat 1A, 2 orang 6A, 4 orang 5A. Hasil daripada motivasi dan bimbingan oleh
guru-guru dan ibu bapa murid-murid dapat mencapai kecemerlang dalam akademik.
Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut memang menarik minat murid-murid
dan dapat membina keyakinan para murid untuk menduduki peperiksaan UPSR.
Program
ini telah membawa perubahan dan kemajuan kepada murid-murid tahun 6 dan pihak
sekolah telah mencapai kecemerlangan yang luar biasa dari tahun-tahun
sebelumnya. Program ini masih dianjurkan setiap tahun bagi kecemerlangan
murid-murid dan sekolah dapat dikekalkan selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment