Tuesday, 11 August 2015

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku


1.0 Aspek Fizikal

          Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah perlulah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan.
Persekitaran fizikal bilik darjah amat penting bagi murid-murid di dalam kelas kerana ia membantu dalam pembelajaran mereka. Suasana yang kondusif akan mendatangkan keselesahan dan akan meningkatkan keinginan atau rasa kepunyaan untuk belajar dengan baik.
       Aspek fizikal ini membantu para pelajar untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti p&p yang dijalankan oleh guru. Contohnya, jika terdapat kekurangan kemudahan atau alatan di bilik Pendidikan Seni visual, maka ini akan secara langsung menggangu penglibatan pelajar secara maksimum dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Susunan kedudukan pelajar banyak bergantung kepada keperluan serta kefahaman guru tentang apa yang ingin dicapai di akhir pengajaran. Ada juga antara guru yang tidak mahu pelajarnya asyik berbincang atau berbual dengan rakan-rakan yang lain maka,setiap pelajar akan duduk berasingan ataupun bersendirian seorang pelajar satu meja dan satu kerusi dan semuanya menghadap ke hadapan kelas.

          Walaubagaimanapun,situasi di atas adalah untuk bilangan pelajarnya yang normal. Sekiranya bilik darjah harus menampung ramai pelajar,maka sering didapati guru sukar untuk berjalan dari satu meja ke satu meja pelajar yang lain dan hal ini bukan sahaja menyukarkan guru tetapi juga pelajar tidak akan dapat belajar dengan baik dalam bilik darjah yang sempit. Interaksi antara guru dengan pelajar juga terlambat kerana guru sukar untuk bergerak dan meninjau masalah pelajar.
Dalam keadaan seperti ini memang guru tidak mempunyai pilihan atau inisiatif lain lagi tetapi masih boleh cuba untuk menyusun dengan sebaiknya.

           Sekiranya, aspek fizikal yang dinyatakan tidak teratur atau mengalami masalah, maka proses pengajaran dan pembelajaran di kelas akan terjejas sepenuhnya. Guru mungkin tidak akan dapat melibatkan semua pelajar dalam proses p&p pada hari tersebut mungkin kerana alatan tidak mencukupi atau ruang untuk melakukan aktiviti kumpulan, perbincangan atau permainan tidak memberi peluang kepada pelancaran p&p pada hari tersebut. Maka secara tidak langsung, hal ini akan mengganggu proses pembelajaran murid-murid dan guru mungkin tidak dapat menarik perhatian murid-murid di dalam kelas serta mendatangkan kebosanan dalam kalangan murid. Selain itu, persekitaran fizikal bilik darjah yang tidak kondusif juga akan mendatangkan masalah disiplin dalam kalangan murid serta kebolehan dan bakat yang ada pada diri murid juga mungkin tidak dapat dicerminkan.

2.0 Aspek Psikososial
           Persekitaran bilik darjah dalam aspek Psikososial lebih dikenali sebagai iklim bilik darjah. Iklim bilik darjah yang sihat mengamalkan hubungan sesama murid, hubungan guru dengan murid, semangat bekerjasama, tolong-menolong, toleransi, berbaik sangka, penerimaan, penghargaan dan rasa selamat. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan iklim bilik darjah yang sihat. Kepimpinan dan keupayaan guru untuk menguruskan hubungan dalam bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah, pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan bentuk komunikasi dan interaksi yang diamalkan membawa kepada pewujudan persekitaran psikososial yang membantu pembelajaran.

2.1 Keperluan psikologi
            Semasa sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas, murid-murid akan mengharapkan tumpuan, kasih sayang, penghargaan, pengiktirafan, penyempurnaan kendiri, rasa kepunyaan, rasa selamat dan sebagainya daripada guru dam rakan sekelasnya. Sebagai seorang guru, sepatutnya mengambil berat tentang keperluan psikologi murid-murid di dalam kelas supaya p&p pada hari tersebut dapat memaksimumkan kadar penglibatan murid sepenuhnya. Contohnya, seperti mana yang dikatakan oleh Maslow dalam teori humanistik aspek fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan kognitif merupakan lima keperluan utama yang harus diperlukan oleh seseorang pelajar di dalam kelas.

           Apabila seseorang murid di dalam kelas menjawap soalan yang telah dikemukakan oleh guru dengan betul, maka guru tersebut perlulah memuji anak murid tersebut dengan menggunakan perkataan yang baik seperti ‘bagus, pandai, tahniah’ dan sebagainya. Bukan itu sahaja, guru itu juga boleh memberi tepukan gemuruh atau memberi hadiah supaya murid tersebut merasa bahawa dirinya mendapat keiktirafan serta penghargaan daripada guru dan rakan sekelasnya. Guru juga perlu merancang p&p mengikut tahap kebolehan mereka dan juga selalu memotivasi diri murid melalui bimbingan supaya pelajar dapat aktif dalam p&p di kelas. 

2.2 Keperluan fisiologi
            Keperluan fisiologi ialah keperluan asas kehidupan yang amat diperlukan seperti makanan, udara, tempat tinggal, air, tempat belajar dan sebagainya. Seseorang murid perlu memenuhi keperluan fisiologi ini terlebih dahulu, barulah mereka akan meneruskan ke tahapa seterusnya. Contohnya, jika seorang pelajar di dalam kelas  tidak makan pada waktu pagi, maka pelajar tersebut tidak akan dapat memberi penuh tumpuan dalam pelajaran. Murid itu akan berasa ingin makan atau ingin memenuhi keperluan fisiologinya. Maka sebagai seorang guru, perlu mengetahui hal-hal seperti ini dan perlu menyelesaikan atau memenuhi keperluan anak murid tersebut, barulah murid tersebut dapat mengaktifkan diri dalam semua aktiviti di dalam kelas. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, para guru sepatutnya memberikan perhatian dan mengambil berat kepada tanda-tanda yang menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikal pelajar itu.  

2.3 Motivasi
           Sesetengah guru mungkin beranggapan bahawa tugas mereka sebagai guru hanyalah mengajar sahaja, bukan menimbulkan minat pelajar terhadap apa yang mereka ajarkan. Pelajar yang tidak berminat terhadap apa yang diajarkan oleh guru tetapi dia diharuskan mempelajarinya, dapat menimbulkan suatu perasaan benci terhadap mata pelajaran itu, bahkan untuk selanjutnya pelajar itu tidak akan ingin pernah mempelajarinya. Di dalam kelas yang kita ajar mungkin kita akan mendengar pelajar berkata, "Saya tidak mampu belajar Bahasa Inggeris" atau "Saya tidak dapat belajar matematik." Jika kita teliti permasalahannya, bukan kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut sukar atau tidak menyenangkan, tetapi kerana guru kedua-dua mata pelajaran itu tidak menggunakan strategi yang berkesan, sehingga pelajar tidak tertarik untuk mempelajarinya. Guru seharusnya menggunakan masa yang banyak sewaktu mengajar untuk memotivasi pelajar-pelajarnya. Jika guru dapat membangunkan motivasi pelajar terhadap pelajaran yang diajar maka diharapkan pelajar akan sentiasa meminati mata pelajaran tersebut.

         Contohnya, jika seseorang anak murid tersebut memberi jawapan yang salah atau gagal dalam peperiksaan, maka guru sepatutnya tidak menghukumi pelajar tersebut, malah perlu mendekatinya dan harus memberi motivasi kepadanya supaya dia juga dapat merasa dirinya diberi pengiktirafan dan penghargaan sama seperti pelajar yang lain. Hal ini secara langsung dapat memaksimumkan kadar penglibatan murid di dalam bilik darjah. 

2.5 Corak Kepimpinan
          Guru perlulah mempamerkan gaya kepimpinan yang berkesan agar murid berasa seronok  untuk belajar. Kepimpinan autoritarian adalah tidak sesuai kerana ia menekan kepada ganjaran dan hukuman serta cuba mendesak hormat dari murid. Interaksi guru dengan murid adalah sehala. Guru hanya memberi arahan dan murid hanya mendengar dan mengikut sahaja. Murid tidak akan diberi peluang untuk menyuarakan pendapat atau memberi cadangan. Contohnya, semasa sesuatu p&p berlaku, hanya guru memberi arahan atau ilmu kepada murid dan murid tidak boleh menyuarakan pendapat mereka kerana perbuatan tersebut menunjukkan bahawa mereka melanggar peraturan di dalam kelas. Hal ini menyebabkan murid-murid berasa tegang, marah, dan rasa tidak seronok untuk membelajari sesuatu.

      Guru perlulah bersifat kepimpinan demokratik. Tingkah laku yang baik perlu ditonjolkan bagi membina suasana yang positif. Tidak lupa juga, peneguhan dilakukan terhadap murid contohnya memberi pujian kepada murid di atas hasil kerja mereka yang baik atau pun memberi hadiah kepada murid yang cemerlang dalam peperiksaan. Peneguhan dilakukan agar menggalakkan murid berusaha untuk menghasilkan kerja yang baik. Contohnya, semasa guru menjalankan p&p di kelas, hanya guru sahaja memberi arahan atau pendapat, malah murid-murid juga boleh menyuarakan pendapat masing-masing, melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti semasa p&p. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih aktif dan menyeronokkan.
Kepimpinan jenis laissez-faire juga sepatutnya tidak begitu baik jika diamalkan semasa p&p berlaku di dalam kelas. Kepimpinan jenis ini menekankan hubungan antara murid dengan murid sahaja, bukan antara guru dengan murid. Guru memberi kebebasan  sepenuhnya dalam apa sahaja aktiviti pembelajaran. Interaksi yang terlalu bebas boleh menimbulkan masalah disiplin yang akan menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 
2.6 Gaya Pembelajaran
         Model Gaya Pembelajaran oleh Dunn dan Dunn menyatakan bahawa gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus iaitu alam sekitar, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi. Model gaya pembelajaran ini amat penting kerana setiap murid mempunyai gaya pembelajaran masing-masing dan guru perlu mengetahuinya dan tidak patut menyalahi murid tersebut jika gagal dalam peperiksaan kerana ini merupakan tanggungjawab seorang guru mengetahui gaya pembelajaran anak muridnya.

          Contohnya, seseorang pelajar mungkin tidak dapat belajar dalam situasi yang penuh dengan kebunyian kerana ini akan memnggangu proses pembelajaranya, manakala ada segelintir pelajar boleh belajar sambil mendengar muzik atau lagu dan ini menunjukkan gaya pembelajaran seseorang.  Ada segelintir pelajar suka belajar di tempat yang terang dan cerah, manakala ada segelintir pelajar suka belajar di tempat yang kurang cahaya. Sebagai seorang guru, mereka perlu mengetahui gaya pembelajaran anak muridnya supaya dapat memaksimumkan kadar penglibatan murid dalam p&p. Jika hal ini tidak diambil kira oleh guru, maka boleh menimbulkan masalah yang akan menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
3.0 Komunikasi / Interaksi berkesan
       Komunikasi antara murid dan guru perlulah baik supaya proses p&p dapat berjalan dengan baik dan guru juga tidak akan menghadapi masalah dalam memaksimumkan penglibatan murid dalam bilik darjah. Komunikasi dua hala terdapat dua jenis. Iaitu komunikasi dua hala antara guru dengan murid dan antara murid dengan murid. 

3.1) Mengamalkam demokrasi dalam komunikasi.
      Kewujudan amalan demokrasi di dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Pelajar tidak berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan itu tidak disenangi samada oleh guru atau pelajar lain.

3.2) Menggunakan bahasa yang berkesan.
       Sebagai seorang guru,bahasa adalah media terpenting dalam menyampaikan ilmu. Dalam proses penyampaian ilmu itu,guru mestilah menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret-leret akan menyukarkan pemahaman pelajar malah mungkin boleh membawa kepada salah tafsir pelajar. Contohnya, semasa proses p&p berlaku guru mengajar tentang tajuk “pendarapan”. Semasa p&p tersebut guru sepatutnya memberi penjelasan yang tepat dan ringkas tentang apa itu pendarapan dan seterusnya mengajar cara mengkalkulasi. Bukanya seseorang guru itu mengajar definisi “pendarapan” sampai meleret-leret hinggakan murid tidak dapat faham serta penglibatan murid dalam proses p&p semakin berkurangan.

3.3) Komunikasi secara lisan
        Komunikasi jenis ini biasanya berlaku di dalam kelas. Ia melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan daripada seseorang individu kepada individu atau sekumpulan pendengar. Di dalam bilik darjah guru biasanya memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan murid-murid sebagai pendengar atau penerima maklumat. Komunikasi jenis ini membantu penguasaan dan pemahaman pengetahuan, kemahiran, prosedur dan sikap di dalam bilik darjah. Dikatakan berkesan apabila maklumat atau idea diterima oleh murid-murid dengan jelas dan mudah di fahami. Suara guru hendaklah jelas, kuat dan lantang. Perkataan-perkataan yang digunakan hendaklah ringkas dan mudah difahami oleh murid-murid.
       Jika komunikasi antara guru dan murid dan antara murid dengan murid tidak berkesan, maka secara langsung ia akan menjejaskan p&p dan guru tidak akan dapat melibatkan murid-murid dalam mana-mana aktiviti p&p. Pelajar juga akan berasa bosan dan ini akan menyebabkan masalah disiplin berleluasa di dalam bilik darjah.

4.0  Pengurusan Sumber Maklumat Murid
         Rekod dan data maklumat peribadi murid-murid adalah penting dalam membantu guru membuat keputusan tentang pengurusan bilik darjah.  Maklumat peribadi murid-murid membantu guru menentukan aktiviti atau pengalaman yang sesuai dengan minat murid. Maklumat seperti ketinggian dan berat badan murid memberitahu guru jika kadar pertumbuhan muridnya seperti kanak-kanak biasa yang lain. Contohnya, apabila guru mendapat maklumat tentang berat badan atau ketinggian murid, maka guru boleh menentukan aktiviti seperti sukan, aktiviti Badan Beruniform dan sebagainya

       Selain itu, melalui maklumat peribadi murid-murid, ia dapat memaklumkan kepada guru tentang keperluan murid-murid lain, misalnya bantuan dari segi kewangan. Murid-murid yang menghadapi masalah kewangan akan sentiasa dibantu melalui jawatankuasa yang dibentuk di sekolah. Pihak sekolah juga akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan. Tetapi, pihak sekolah akan sentiasa melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi menjaga maruah murid tersebut.

         Di samping itu, maklumat ini juga memberi peluang kepada guru kelas menghubungi ibu bapa atau penjaga supaya dapat berbincang tentang anak muridnya. Guru boleh memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga jika anak mereka kurang sihat, ponteng kelas atau sekolah, prestasi pendidikan, tidak melaksanakan kerja rumah atau menunjukkan masalah tingkah laku yang tidak baik serta rawatan penyakit atau kecemasan boleh diberi kepada murid ketika di sekolah. Oleh itu, maklumat seperti nama ibu bapa atau penjaga, pekerjaan ibu bapa, alamat rumah dan nombor telefon perlu ada dalam rekod peribadi murid-murid. Maklumat sebegini dapat membantu guru dalam pengurusan bilik darjah, khususnya dalam mewujudkan psikososial yang sihat. 

        Seterusnya, catatan atau komen guru mata pelajaran serta markah purata membantu ibu bapa mengetahui dan memahami kemajuan akademik serta kekuatan atau kelemahan anaknya. Keputusan ujian dan peperiksaan yang dilaksanakan setiap tahun dicatat dalam Buku Laporan. Buku Laporan juga mengandungi catatan atau komen oleh setiap guru mata pelajaran tersebut. Hal ini membolehkan ibu bapa menasihati, membimbing anak-anak mereka dan juga bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membantu anak ini.

       Selain itu, guru perlu mencatat segala maklumat tentang kokurikulum pelajar iaitu maklumat mengenai badan beruniform, sukan, persatuan dan kelab dan sebagainya. Hal ini kerana, mungkin rekod tersebut membantu pihak sekolah menghantar wakil sekolah ke pertandingan-pertandingan sukan, bahasa, pidato, forum, kawad kaki, perkhemahan dan sebagainya. Merekod data ini adalah penting bagi murid-murid sekolah rendah atau menengah kerana markah kokurikulum akan memberi impak kepada pengajian mereka pada masa akan datang. Hal ini secara langsung dapat melahirkan anak murid yang berkebolehan tinggi serta dapat memaksimumkan kadar penglibatan semua murid di sekolah dalam aktiviti kokurikum ini.

       Jika seseorang guru gagal merekod data maklumat peribadi murid di sekolah, hal ini akan menjejaskan proses pembelajaran anak muridnya di dalam kelas. Contohnya, jika guru tidak merekod rekod kesihatan anak muridnya, ini akan membawa masalah yang lebih besar apabila murid yang mengalami masalah kesihatan yang rumit tersebut dipilih untuk mewakili aktiviti sukan di sekolah. Ini akan mendatangkan risiko yang besar kepada nyawa anak murid tersebut. Selain itu, jika seorang guru gagal merekod prestatsi pendidikan muridnya, maka guru tidak akan dapat menentukan gaya pembelajaran yang sesuai bagi mereka dan ini secara tidak langsung akan menjejaskan prestasi pendidikan mereka.
  
       Sebagai seorang guru, beliau patut mengambil inisiatif dalam merekod maklumat atau data murid-murid supaya guru dapat memastikan taraf pencapaian, kelakuan dan tingkah laku murid yang bermasalah dan tidak bermasalah, masalah kewangan, masalah keluarga  dan sebagainya. Ini akan dapat membantu guru dalam mencari jalan penyelesaian bagi murid-murid  tersebut. Hal ini demikian kerana, pelajar yang bermasalah mungkin tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam p&p dan guru mungkin mengalami kesukaran dalam melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti di bilik darjah.

       Selain daripada persekitaran yang kondusif, pengurusan pentaksiran dan sumber maklumat murid mempunyai implikasi ke atas proses pembelajaran di dalam biik darjah. Dengan itu, maklumat ini mesti sentiasa dikemaskini dan disimpan dalam keadaan yang baik dan mudah diperoleh apabila diperlukan.

5.0 Peraturan Dan Rutin Bilik Darjah
5.1 Peraturan Bilik Darjah
        Peraturan ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah.  Manakala rutin pula ialah prosedur atau langkah-langkah  yang mesti diikuti oleh murid dalam spesifik mereka di dalam bilik darjah. Peraturan dan rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Peraturan yang telah dibentuk perlulah perlu dipersetujui oleh para pelajar di dalam kelas dan peraturan yang ditetapkan perlulah ringkas dan jelas.

       Guru perlu peka bahawa peraturan bertujuan melincinkan proses pengajaran, memberikan peluang kepada murid untuk fokus dan melibatkan diri dalam pembelajaran, menggalakkan tingkah laku yang dikehendaki dan mengurangkan tingkah laku yang dikehendaki dan mengurangkan tingkah laku distruptif. Perlu diingatkan bahawa peraturan mesti dilaksanakan dengan konsisten supaya ia berkesan dan peraturan bukan bertujuan untuk menghukum pelajar.

        Contohnya, peraturan biasa kita dengar dan melihat ialah ‘menjaga kebersihan bilik darjah’.  Pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut perlulah mematuhi peraturan di dalam kelas tersebut dan sentiasa membersihkan kelas kerana persekitaran fizikal yang bersih dan ceria akan membantu para pelajar mempelajari p&p pada hari itu dengan tanpa apa-apa gangguan. Peraturan lain seperti ‘ mematuhi peraturan sekolah’ perlu dipatuhi oleh murid-murid supaya tidak ada berlaku apa-apa masalah atau gangguan semasa p&p berlaku. 
       Jikalau peraturan yang telah ditetapkan di dalam kelas tidak dipatuhi, maka secara langsungnya ini akan menggangu p&p dalam kelas. Murid-murid yang tidak mematuhi peraturan di dalam kelas akan mengganggu pelajar yang lain semasa proses p&p berlaku. Ini akan menjejaskan p&p pada hari tersebut. Kelas akan menjadi kucar-kacir apabila peraturan tidak dipatuhi. 
 
       Sebagai seorang guru, beliau perlulah memastikan segala peraturan yang telah ditetapkan ialah atas kebenaran dan demi kebaikan mereka semua. Guru perlu mengawasi tingkah laku pelajar yang tidak mematuhi peraturan di dalam kelas kerana ini akan menjejaskan proses pembelajaran anak murid yang lain. Semasa membentuk peraturan, guru juga perlu mempertimbangkan langkah-langkah yang akan diambil oleh beliau jika murid tidak mengikuti peraturan. Antara langkah yang guru boleh laksanakan termasuklah melarang murid keluar dari bilik darjah pada waktu rehat atau menyuruh  murid mengutip sampah di dalam bilik darjah. Guru juga boleh memberi ‘time-out’, iaitu murid terbabit diasingkan daripada rakan dan diminta duduk di suatu sudut di dalam bilik darjah. Hal ini bertujuan memberikan masa kepada murid untuk memikirkan tentang tindakan atau kelakuanya.

5.2 Rutin Bilik Darjah
            Rutin merupakan satu cara tetap untuk menjalankan aktiviti bilik darjah setiap hari atau prosedur tetap menjalankan aktiviti harian bilik darjah. Penggunaan rutin di dalam bilik darjah akan menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah. Guru sebagai pentadbir menjalankan rutin seperti menanda jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan menyimpan bahan-bahan seperti buku cerita, buku teks, menyemak dan memulangkan buku latihan, mengutip yuran dan lain-lain lagi.
            Rutin kelas adalah seorang guru perlu mencipta persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif dan buat beberapa peraturan dan prosedur asas bilik darjah untuk memudahkan implementasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.  Pengurusan peraturan dan kebersihan bilik darjah juga bertujuan sebagai pencegahan dalam mengurangkan masalah pengurusan bilik darjah seperti, penyelewengan tingkah laku bilik darjah.   Contoh rutin bilik darjah ialah  mengurus kebersihan bilik darjah, termasuk menyapu lantai, menyusun kerusi dan meja serta membersihkan papan tulis, membentuk peraturan dan jadual kerja bilik darjah. 
         Ada rutin yang dilaksanakan pada setiap hari, misalnya cara murid masuk ke kelas selepas waktu rehat. Murid mungkin dikehendaki ke tapak perhimpunan dahulu kemudian beratur masuk kelas setiap hari selepas waktu rehat ataupun murid dikehendaki beratur sebelum pergi ke pusat sumber dan makmal sains dan sebagainya. Terdapat rutin yang hanya dilaksanakan apabila perlu oleh guru, misalnya kutipan yuran pada awal tahun, pinjaman serta pemulangan buku teks daripada Skim Pinjaman Buku Teks dan sebagainya.  Rutin boleh dibentuk melalui perbincangan dengan murid. 
        Rutin pembelajaran murid berlaku dalam kalangan murid dan pembelajaran harian dan ia membantu menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Prosedur yang betul dalam sebenar menjalankan rutin adalah penting dan murid harus melibatkandiri di mana perlu. Contoh rutin pembelajaran ialah memungut buku latihan, menanda buku latihan, mengagihkan bahan dan juga menyusun sumber buku. Murid juga perlu melibatkan diri secara aktif. 
 
       Jika sesuatu rutin di dalam bilik darjah tidak dipatuhi, maka secara langsungnya ia akan menjejaskan proses p&p di dalam kelas. Lama-kelamaan pelanggaran rutin bilik darjah akan menjadi masalah disiplin yang sukar dikawali oleh guru. Ini akan menjejaskan p&p serta menjejaskan ketenteraman bilik darjah. Guru juga mungkin tidak dapat mengaktifkan penglibatan para pelajar dalam semua aktiviti di  bilik darjah. 

6.0 Membina Hubungan Guru-Murid
6.1 Kepentingan Membina Hubungan Guru-Murid
       Hubungan guru-murid mempengaruhi perkembangan dan prestasi pembelajaran murid.  Membina hubungan yang positif dan berkesan antara guru dengan murid boleh meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah pihak. Hubungan guru-murid memerlukan kerjasama kedua-dua belah pihak. Komunikasi yang baik akan menyebabkan rutin bilik darjah lebih teratur dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan akan menyumbang kepada peningkatan prestasi murid.  
       Hubungan guru-murid yang baik menaikkan motivasi dan semangat kepada  guru untuk mengajar. Guru yang membina hubungan yang baik dengan murid-muridnya dapat melicinkan perjalanan p&p. Apabila aktiviti p&p berjalan lancar, guru akan menjadi semakin bermotivasi untuk mengajar. Selain itu, kerjasama murid dengan murid akan memberikan kesan kepada pengajaran guru.  Aktiviti pengajaran akan menjadi lebih seronok dan efektif sekiranya mendapat kerjasama yang padu daripada murid-murid. Penglibatan murid yang aktif dalam aktiviti p&p mendorong guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih praktik dan berkesan.
       Hubungan ini juga memberi impak kepada murid di dalam kelas juga. Murid lebih berminat untuk belajar di dalam kelas. Murid-murid yang berkomunikasi dengan baik dengan guru-guru dapat meluahkan masalah serta dapat memberikan pandangan mereka. Guru juga dapat memberikan maklum balas yang dikehendaki yang boleh di terima oleh murid. Komunikasi dua hala dan hubungan demokratik yang baik akan merangsang minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti p&p. Selain itu juga, murid-murid akan lebih memberikan kerjasama kepada guru. Hubungan guru-murid yang baik memberikan peluang kepada murid untuk menjalinkan kerjasama yang erat dengan guru. Murid berpeluang untuk lebih rapat dengan gurunya. Hal ini membolehkan guru mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid-muridnya serta memberikan peneguhan yang sesuai. 

6.2 Penampilan daN Bahasa Badan
            Penampilan guru memainkan peranan pertama dalam mengeratkan hubungan antara guru dengan murid. Murid menilai guru berdasarkan penambilan dirinya iaitu etika pakaian. Murid menilai seseorang guru dalam pandangan pertama dan ini dapat jelas mereka teliti dari segi aspek luaran fizikal atau penambilan diri. Guru yang memili penampilan diri yang bagus dan kemas, mereka akan mudah didekati oleh murid-muridnya. Sekiranya seorang guru masuk ke dalam kelas dengan berpakaian selekeh, tangan mendakap diri dan tiada kontak mata dengan murid-muridnya, murid-murid akan mendapat mesej bahawa guru tidak berminat untuk mengajar atau tidak mempunyai keyakinan diri. Tetapi sekiranya seorang guru masuk ke dalam kelas dengan senyuman di bibir dan berpakaian kemas serta menunjukkan kewibawaan sebagai seorang guru, murid-murid akan berasa ceria dan bersedia untuk belajar dengan tenang.
            Dalam komuniti yang mengamalkan budaya penyayang, ahli-ahlinya saling menghormati, mengambil berat, ingat-mengingati dan boleh berkongsi emosi/ perasaan secara jujur. Dalam konteks bilik darjah, guru memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan budaya penyayang dalam kalangan muridnya. Guru perlu menunjukkan amalan-amalan dan konsep penyayang dikehendaki semasa berhubungan dengan murid. Guru komited dengan usaha ini akan menjadikanya sebahagian daripada amalanya sendiri. Guru juga perlu mengawasi dan menerapkan amalan-amalan penyayang dalam kalangan murid. Guru menunjuk ajar dan menegur murid-murid dengan amalan-amalan yang telah ditetapkan bersama. Guru harus bijak mentransformasikan budaya saing dalam bidang akademik sahaja kepada budaya yang berteraskan hubungan yang baik, saling membantu dan kasih sayang di dalam bilik darjah.
             
6.3 Dinamika Kumpulan
        Dinamika bilik darjah ialah apabila sesuatu kumpulan rakan sebaya berupaya mengerakkan sebaya berupaya mengerakkan ahli-ahlinya bertindak mengikut matlamat yang sama. Sebagai seorang guru, beliau patut menyediakan p&p yang berkesan dan menarik perhatian minat murid serta ia perlulah berorientasikan murid. Guru juga perlu menggunakan pelbagai kaedah atau pendekatan yang baru daripada yang lain iaitu menjalankan aktiviti yang merangsang minda mereka, aktiviti secara kolaboratif, koporatif dan sebagainya. Guru juga bolehlah menggunakan ICT semasa p&p berlaku dan menyediakan bahan bantu mengajar yang merangsang dan mendorong murid membuat eksporasi maklumat mengikut kadar kendiri. Selain itu, guru perlu meningkatkan motivasi dan tingkatkan budaya berpengetahuan dan berkemahiran serta adil dan saksama tanpa memencilkan murid lambat (slow learner), pemalu, pilik kasih dan sebagainya.
         Jikalau hubungan guru-murid tidak dijalin seperti yang dinyatakan di atas, maka dengan sendirinya proses p&p akan terbantut dan guru tersebut tidak akan dapat mengaktifkan penglibatan murid dalam aktiviti di bilik darjah. Oleh sebab itu, guru perlu mewujudkan hubungan yang harmonis dan baik antara guru dengan murid supaya p&p dapat berjalan dengan berkesan tanpa sebarang masalah.

7.0 Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran
        Kompetensi p&p merangkumi pengetahuan dan kemahiran guru dalam mendidik anak muridnya. Antara jenis pengetahuan  termasuklah pegetahuan am, pengetahuan pedagogi, pengetahuan kurikulum dan mempunyai kemahiran tentang peggunaan iCT, komunikasi dan sebagainya.

7.1 Pengetahuan Kurikulum
         Sebagai seorang guru, beliau perlu menguasai pengetahuan kurikulum sepenuhnya. Guru perlu memahami konsep, prinsip, dan struktur subjek yang diajar dengan mendalam. Seseorang guru yang mengajar perlulah memahami isi kandungan atau konten ilmu dengan baik serta memberikan contoh yang sesuai dan mengaitkanya mengikut dengan kehidupan seharian. Contohnya, jika seseorang guru mengajar subjek pendidikan seni visual, maka guru tersebut perlulah mempunyai ilmu kurikulum yang baik supaya beliau dapat menjalankan p&p yang berkesan serta dapat melibatkan kadar penglibatan murid dalam aktiviti di dalam bilik darjah. Jika seorang guru tidak mempunyai ilmu kurikulum tentang Pendidikan Seni Visual, tetapi beliau ditugaskan mmengajar subjek tersebut, maka guru tersebut perlu mnyediakan dirinya dengan ilmu tersebut supaya murid-murid tidak berasa bosan semasa p&p berlaku.
         Guru yang berpengetahuan tentang subjeknya akan mengetahui topik mana yang sukar dan memerlukan masa yang lebih serta perlu dijelaskan dengan contoh dan ilustrasi. Kemahiran menerangkan ini dapat membantu guru menyampaikan topik ini dalam bentuk yang jelas mengikut penyusunan idea yang sistematik dan kadar yang sesuai supaya boleh difahami oleh murid-murid. Kemahiran menggunakan contoh, ilutrasi dan alat bantu mengajar penting kerana ia membantu menjelaskan sesuatu idea dengan tepat serta memudahkan murid-murid menerima sesuatu konsep yang diajar.
Jika seseorang guru tidak mempunyai ilmu tentang kurikulum yang akan diajarkan olehnya, maka guru itu perlu menyediakan dirinya dengan ilmu tersebut supaya dan keberkesanan p&p tidak terjejas. Di samping itu, guru juga perlu sentiasa berusaha mempelajari perkara-perkara baharu, misalnya membaca, menghadiri seminar atau bengkel berkaitan subjek yang diajar agar pengajaranya kekal releven. 

7.2 Pengetahuan Pedagogi
         Seorang guru perlu hebat dalam pedagoginya atau lebih dikenali “pedagogical knowledge”. Guru perlu berfikir secara kreatif dan kiritis atau berinovasi dalam menyediakn strategi atau kaedah pengajaran semasa p&p di dalam kelas. Murid-murid generasi sekarang lebih berfikiran kreatif dan mereka lebih dideahka dengan dunia luar. Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa memikirkan strategi atau kaedah pengajaran yang paling sesuai dan berkesan kepada mereka supaya anak murid tidak berasa bosan semasa p&p di dalam kelas. 
         Kemahiran memilih strategi dan kaedah memberikan peluang kepada guru mempelbagaikan penyampaian bersesuaian dengan keperluan, tahap pencapaian di samping mengambil kira perbezaan dalam kalangan murid. Guru yang efektif juga akan mengambil kira gaya pembelajaran yang berbeza dalam kalangan muridnya. Selain itu, murid mempunyai tempoh penumpuan yang pendek. Maka keupayaan mewujudkan pelbagai rangsangan akan memberikan peluang kepada murid menggunakan pelbagai deria misalnya penglihatan, pendengaran, kinestetik, dan taktil yakni menimbulkan minat dan perhatian mereka. 
       Contohnya, semasa proses p&p berlaku didalam kelas, guru boleh menggunakan teknik perbincangan dalam kumpulan, permainan bahasa, kuiz, teka silang kata, nyanyian, drama, simulasi, tarian dan banyak strategi lain boleh digunakan supaya ini akan dapat merangsang minat murid untuk belajar dan guru juga dapat memastikan semua pelajarnya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa p&p. Guru itu juga perlu berkreatif dalam menyediakan bahan bantu mengajar bagi kanak-kanak mengikut tahap kognitif, kesukaan mereka. Guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan di dalam bilik darjah supaya ABM tersebut dapat membantu dalam keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

7.3 Kemahiran Penilaian
         Kemahiran penilaian membantu guru mengetahui jika hasil pembelajaran telah dicapai ataupun tidak. Guru boleh menggunakan bentuk penilaian formal dan tidak formal untuk menjalankan penilaian berterusan. Guru boleh menilai murid selepas atau sebelum  setiap p&p tamat iaiatu dengan cara memanggil seorang murid dan menanyakan beberapa soalan tentang p&p pada hari itu, ataupun suruh pelajar tersebut memberi refleksi pada penghujung p&p. Jika boleh, guru boleh memberi soalan atau kuiz selepas p&pa tamat kerana ini dapat menilai tahap pencapaian murid dalam p&p tersebut. Keputusanya membantu guru dalam perancangan untuk pengajaran yang berikutnya. Keputusan penilaian juga membantu guru mengenal pasti murid yang memerlukan bimbingan dan murid yang boleh diberikan aktiviti pengayaan.

        Jika tida menjalankan penilaian, guru tidak akan dapat mengenali pelajar yang perlukan aktiviti pengayaan dan sebagainya. Selain itu, penilaian ini juga membantu guru merancang pedagogi atau strategi p&p pada keesokan harinya mengikut tahap pencapaian murid. Pada masa yang sama, guru boleh menggunakan kemahiran pedagogi untuk menerapkan nilai-nilai, misalnya apabila guru menggunakan teknik perbincangan, maka secara tidak langsung akan bekerjsama dalam kumpulan, belajar mendengar pendapat orang lain dan juga dapat menerima pandangan orang lain.

8.0 Pengurusan Pentaksiran di dalam Bilik Darjah
8.2 Pengukuran dan Penilaian

         Pengukuran ialah penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kauntitatif atau maklumat tentang pencapaian pembelajaran individu. Pengukuran boleh dikumpul secara formal melalui kuiz, latihan, amali, projek, ujian bertulis.
Seseorang guru perlu menitikberatkan tentang aspek ini kerana sebagai seorang guru kita perlu mengukur tahap pencapaian pembelajaran individu atau murid selepas setiap proses pengajaran dan pembelajaran tamat kerana guru akan mengenal pasti tahap pencapaian mereka dalam akademik serta dapat menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berksesan kepada murid-murid pada kelas akan datang.

       Selepas p&p tamat, guru bolehlah mengadakan aktiviti kuiz menggunakan powerpoint atau secara lisan supaya guru boleh mengenal pasti murid-murid yang telah capai objektif p&p pada hari tersebut dan sebaliknya. Selain itu juga, guru bolehlah memberikan kerja amali atau projek kepada murid sebagai aktiviti individu kerana guru boleh mengenal pasti kelebihan dan kelemahan murid-murid dengan lebih terperinci serta guru dapat mencari strategi atau pengayaan yang berkesan kepada mereka.
            Contohnya, Ramu mendapat 80 peratus dalam ujian Sejarah. Prestasi Ramu tidak dinyatakan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, pencapaian sejarah hanya diukur tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ ciri tertentu sesorang individu atau pelajar mengikut alat yang digunakan. Selain itu, kemahiran melukis seseorang pelajar boeh diukur melalui pemerhatian/ pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual.
 
8.2 Pengujian dan Penilaian
      Pengujian  dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru berhubung tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masalah yangtimbul dalam sesi pengajaran pembelajaran yang berlangsung. Dengan itu guru dapat mengenal pasti tahap kemajuan seseorang murid dalam bilik darjah tersebut sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat mengenal pasti murid yang cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan murid yang lemah yang memerlukan aktiviti pengayaan. Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan murid atau mengulang menggunakan strategi sama dan sebagainya.
        Contohnya, seseorang guru Matematik yang akan mengajar kepada tajuk perpecahan, guru itu perlu mengetahui aspek kemahiran manakah yang telah dikuasai oleh pelajar iaitu operasi tambah, tolak, darap, bahagi dan sebagainya. Maklumat ini penting bagi guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran. Penilaian dan pengujian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung pula akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan ini akan memungkinkan guru mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar.

8.3 Pentaksiran
         Terdapat dua jenis pentaksiran, iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian secara formatif iaitu di mana dijalankan secara berterusan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.  Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.  Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. 

8.4 Proses Penyediaan Ujian dan Peperiksaan
      Guru perlu merancang penyediaan ujian dan peperiksaan dan perlu menetapkan beberapa perkara. Semasa guru menyediakan ujian atau peperiksaan guru perlu mengikut JPU atau kini lebih dikenali JSU. Ia merupakan panduan yang digunakan dalam membentuk item soalan. Jadual ini mengandungi topik, objektif pengajaran dan aras kefahaman yang hendak diuji. Semasa guru menyediakan ujian atau peperiksaan, mereka perlu menitikberatkan banyak perkara-perkara dan semasa pentadbiran ujian guru perlu menentukan beberapa peraturan supaya kelancaran dalam peperiksaan.
8.5 Pentadbiran Ujian atau Peperiksaan
            Pentadbiran ujian dan peperiksaan mempunyai kesan ke atas sikap murid. Pentadbiran yang baik akan menekankan kepentingan ujian dan peperiksaan dan memberi murid satu persepsi yang serius terhadap aktiviti ini yakni mendorong murid mengambil berat tentang pentaksiran yang dilaksanakan. Murid akan berasa yakin dan menaruh kepercayaan terhadap guru dan sistem persekolahan jika pentadbiran ujian dan peperiksaan dilaksanakan mengikut prosedur yang betul. Sikap positif murid terhadap sistem sekolah mempengaruhi tingkah lakunya di  dalam bilik darjah. Murid cenderung memberikan kerjasama sekiranya dia menghormati organisasi tempat dia berada. Sikap seperti ini akan menyumbang kepada suasana sosioekonomi yang sihat di dalam bilik darjah.

9.0 Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
9.1 Model Modifikasi Tingkah Laku oleh B.F.Skinner

        Model ini menekankan suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman yang berbentuk peneguhan positif dan peneguhan negatif. Untuk mendapatkan tingkah laku yang baik, ia boleh dimajukan dengan menggunakan peneguhan. Teori Tingkah laku Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali sebagai satu pengukuhan kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kawalan tingkah laku secara berkesan. Dalam konteks bilik darjah, pengukuhan positif diberikan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang diingini. Pengukuhan positif ini boleh diberi dalam bentuk ganjaran material dan kata-kata pujian. Manakala, pengukuhan negatif pula adalah rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid menunjukkan tingkah laku yang diingini.
            Contohnya, apabila terdapat seorang budak yang takut untuk memberi jawapan atau takut untuk berinteraksi dengan guru dan rakanya, guru boleh menggunakan cara peneguhan positif di mana guru boleh memberi ganjaran atau memberi kata-kata ucapan selalu apabila budak tersebut memberi jawapan yang betul. Jika murid itu memberi jawapan yang salah, maka guru sepatutnya tidak menghukumnya, malah memberi motivasi supaya murid itu akan dapat mengaktifkan diri dalam semua aktiviti p&p. Guru juga bolehlah dapat memaksimumkan kadar penglibatan murid di dalam kelas. 
            Walau bagaimanapun, penuguhan ini tidak baik kerana murid akan aktif dalam p&p jika mereka mendapat ganjaran atau pujian. Model ini lebih tertumpu kepada pembetulan tingkah laku yang ditunjukkan bukanya cara-cara pencegahan masalah tingkah laku di dalam bilik darjah.  

9.2 Model Disiplin Asertif Canter
            Fokus utama model akibat logikal Dreikurs ini adalah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman. Selain itu juga, model ini menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku dan murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu murid sendiri perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap  pengurusan disiplin bilik darjah. Terdapat beberapa motif utama salah laku. Antara motifnya ialah, mendapatkan perhatian, membalas dendam, mencabar kuasa, dan menunjukkan kekurangan.
            Untuk murid-murid yang mempunyai salah laku motif seperti tersebut, Dreikurs telah menyediakan cara untuk menangani murid-murid yang mempunyai salah laku motif iaitu kenal pasti motif murid , bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar, bimbing murid bertanggungjawab ke atas matlamat baharu dan bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya.
            Contohnya, motif membalas dendam. Apabila guru tidak bersikap adil, tidak memberi perhatian atau kasih sayang dan bersikap autokratik di dalam kelas, maka murid itu akan bertindak ingin membalas dendam terhadap guru tersebut. Pada masa ini, guru perlulah mendekatinya dan cuba menyelesaikan masalah tersebut dan perlulah bersikap adil supaya guru dapat memaksmumkan kadar penglibatan murid dalam p&p, serta demi keberkesanan p&p tanpa gangguan masalah disiplin.

9.3 Model Terapi Realitik Glasser
        Terapi realiti berlandaskan 3 prinsip berikut iaitu setiap individu bertanggungjawab ke atas tingkah laku masing-masing, setiap individu berupaya untuk berubah dan hidup secara berkesan sekiranya diberikan bimbingan dan sokongan dan setiap individu bertingkah laku mengikut cara tertentu agar dapat membentuk persekitaran mengikut kehendak masing-masing.
        Pelan pengurusan bilik darjah Glasser ialah guru hendaklah melapangkan masa untuk mengenal pasti punca tingkah laku bermasalah murid tersebut. Seterusnya guru perlu mempertimbangkan cara penyelesaian. Guru juga perlu berusaha mencegah salah laku melalui dua cara iaitu berikan latihan dalam kelas yang menarik dan bina hubungan yang positif dengan murid. Selain itu, guru harus mempertingkatkan cara penyoalan. Guru juga perlu mengadakan perbincangan dengan murid-murid. Murid dikehendaki membentuk satu pelan yang mengandungi tindakan positif dengan bantuan guru. Jika tidak berkesan,murid diasingkan dengan menggunakan time-out dalam bilik darjah. Murid dihantar ke satu lokasi yang selesa tetapi tidak mengancam orang yang menyelia mereka. Bagi murid yang di luar kawalan, guru hendaklah menghubungi ibu bapa untuk berpindah sekolah. Jika masih serius, rujuk murid kepada pihak berkuasa.

        Model Terapi Realiti membantu individu mengenal reality kehidupan dan memenuhi kehendak kehidupan mereka melalui pilihan-pilihan yang dibuat mengikut lunas yang telah ditetapkan. Di dalam persekitaran sekolah, guru harus menegaskan kepada murid-murid tentang kelakuan-kelakuan yang diterima di sekolah dan peraturan yang harus diikuti di sekolah. Jangkaan sebenar terhadap persekitaran pembelajaran dan aktiviti p&p perlu diterangkan dengan jelas supaya murid mempunyai panduan dan pilihan yang memberi manfaat kepada mereka dan persekitaran pembelajaran itu sendiri.

10.0 Intervensi dalam Menangani Masalah Disiplin
10.1 Pastoral Care
            Pastoral Care ialah elemen sokongan selain daripada tugas guru dalam bidang akedemik dan membantu guru untuk merealisasikan kehendak di dalam Falsafah Penddikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang ingin menghasilkan modal insan yang menyeluruh dan harmonis dalam semua aspek.
            Murid diberikan pendidikan yang menyeluruh serta berfokus kepada pembangunan keyakinan diri dan disiplin kendiri. ‘Pastoral Care’ juga fokus kepada pendekatan berpusatkan murid yang membentuk murid secara individu, memotivasikan murid untuk mempunyai inisiatif dan inovasi supaya mendapat hasil yang maksimumkan di dalam aktiviti pembelajaran. Murid-murid yang berkebolehan akan dideahkan dengan cirri-ciri kepimpinan seperti Badan Kebajikan Murid atau Badan Pengawas Sekolah.
            Peneguhan nilai-nilai, moral dan agama diberi peneguhan yang sesuai, iaitu murid-murid didedahkan dengan nilai-nilai agama melalui aktiviti-aktiviti seperti kem-kem ibadah, kem-kem solat, bulan nilai-nilai murni serta bimbingan formal dan tidak formal yang diberikan berterusan oleh guru-guru agama, moral dan guru-guru lain secara merentas kurikulum.
10.2 Bimbingan dan Kaunseling
      Bimbingan merupakan suatu proses yang dirancang dan digunakan oleh guru untuk membantu murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan persekitaran. Manakala kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu murid memahami dirinya yang sebenar.
                       
          Murid-murid sekolah sentiasa terdedaah kepada rangsangan-rangsangan negatif yang mendorong mereka untuk membuat pilihan-pilihan yang salah. Masalah keluarga, rakan sebaya, akademik dan perkembangan sering menggangu emosi mereka. Gangguan emosi yang tidak ditangani dengan baik kemungkinan muri-murid terjebak dalam salah laku dan kelakuan negatif. Murid-murid yang sebegini memerlukan bimbingan dan kaunseling yang akan membantu individu meningkatkan kefahaman diri serta kemahiran menangani masalah dan cabaran dengan lebih berkesan.
       Contohnya, apabila terdapat sesuatu pelajar yang tidak aktif dalam semua aktiviti p&p kelas, guru perlu mendekatinya dan mencari sebab kelakuan tersebut. Mungkin pelajar tersebut mempunyai masalah yang tidak dapat dikongsi. Guru perlu memberi bimbingan dan kaunseling kepada pelajar berkenaan supaya dia akan dapat aktif dalam p&p serta budak tersebut tidak terjemurus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Peranan guru hanya bukan tertumpu dalam kurikulum sahaja, malah lebih daripada itu.
10.3 Teknik Modifikasi Tingkah Laku
            Teknik Modifikasi Tingkah Laku merupakan salah satu intervensi yang boleh digunakan oleh guru dalam menguruskan disiplin di dalam bilik darjah. Teknik ini menggunakan peneguhan.
            Contonya, apabila guru memberitahu murinya bahawa jika menyiapkan kerja rumah dengan cepat dan tanpa berbuat bising guru akan memberi peluang untuk balik ke rumah awal. Tingkah laku yang tidak diingini yang dilakukan oleh murid ialah berbuat bising semasa membuat kerja rumah. Apabila tingkah laku yang tidak diingini digabung dengan peneguhan positif maka murid akan menunjukkan tingkah laku yang baik dan diingin oleh guru. Peneguhan yang diberi kepada tingkah laku yang diingini oleh guru akan mengurangkan atau melenyapkan tingkah laku yang tidak diingini. Hal ini juga memberikan peluang kepada guru untuk memberikan ganjaran kepada tingkah laku yang diingini dan bukan mendenda tingkah laku yang mendatangkan masalah.
           
         Oleh itu, sebagai guru perlulah membimbing dan memberi kaunseling kepada pelajar supaya murid tersebut dapat mengaktifkan dirinya dalam p&p serta demi keberkesanan p&p yang baik. Tingkah laku yang tidak diingini perlulah dicegah melalui peneguhan positif bukanya mendenda atau menghukum pelajar tersebut.