1.0
Aspek Fizikal
Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi
pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran.
Persekitaran bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran
yang berkesan. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah perlulah merangkumi
aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah,
sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding,
pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan.
Persekitaran fizikal bilik
darjah amat penting bagi murid-murid di dalam kelas kerana ia membantu dalam
pembelajaran mereka. Suasana yang kondusif akan mendatangkan keselesahan dan
akan meningkatkan keinginan atau rasa kepunyaan untuk belajar dengan baik.
Aspek fizikal ini membantu para pelajar untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti p&p yang dijalankan oleh guru. Contohnya, jika terdapat kekurangan kemudahan atau alatan di bilik Pendidikan Seni visual, maka ini akan secara langsung menggangu penglibatan pelajar secara maksimum dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Aspek fizikal ini membantu para pelajar untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti p&p yang dijalankan oleh guru. Contohnya, jika terdapat kekurangan kemudahan atau alatan di bilik Pendidikan Seni visual, maka ini akan secara langsung menggangu penglibatan pelajar secara maksimum dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Susunan kedudukan pelajar
banyak bergantung kepada keperluan serta kefahaman guru tentang apa yang ingin
dicapai di akhir pengajaran. Ada juga antara guru yang tidak mahu pelajarnya
asyik berbincang atau berbual dengan rakan-rakan yang lain maka,setiap pelajar
akan duduk berasingan ataupun bersendirian seorang pelajar satu meja dan satu
kerusi dan semuanya menghadap ke hadapan kelas.
Walaubagaimanapun,situasi di atas adalah untuk bilangan pelajarnya yang normal. Sekiranya bilik darjah harus menampung ramai pelajar,maka sering didapati guru sukar untuk berjalan dari satu meja ke satu meja pelajar yang lain dan hal ini bukan sahaja menyukarkan guru tetapi juga pelajar tidak akan dapat belajar dengan baik dalam bilik darjah yang sempit. Interaksi antara guru dengan pelajar juga terlambat kerana guru sukar untuk bergerak dan meninjau masalah pelajar.
Dalam keadaan seperti ini memang guru tidak mempunyai pilihan atau inisiatif lain lagi tetapi masih boleh cuba untuk menyusun dengan sebaiknya.
Sekiranya, aspek fizikal yang dinyatakan tidak teratur atau mengalami masalah, maka proses pengajaran dan pembelajaran di kelas akan terjejas sepenuhnya. Guru mungkin tidak akan dapat melibatkan semua pelajar dalam proses p&p pada hari tersebut mungkin kerana alatan tidak mencukupi atau ruang untuk melakukan aktiviti kumpulan, perbincangan atau permainan tidak memberi peluang kepada pelancaran p&p pada hari tersebut. Maka secara tidak langsung, hal ini akan mengganggu proses pembelajaran murid-murid dan guru mungkin tidak dapat menarik perhatian murid-murid di dalam kelas serta mendatangkan kebosanan dalam kalangan murid. Selain itu, persekitaran fizikal bilik darjah yang tidak kondusif juga akan mendatangkan masalah disiplin dalam kalangan murid serta kebolehan dan bakat yang ada pada diri murid juga mungkin tidak dapat dicerminkan.
2.0 Aspek Psikososial
Persekitaran bilik darjah dalam
aspek Psikososial lebih dikenali sebagai iklim bilik darjah. Iklim bilik darjah
yang sihat mengamalkan hubungan sesama murid, hubungan guru dengan murid,
semangat bekerjasama, tolong-menolong, toleransi, berbaik sangka, penerimaan,
penghargaan dan rasa selamat. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam
menentukan iklim bilik darjah yang sihat. Kepimpinan dan keupayaan guru untuk
menguruskan hubungan dalam bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah,
pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan bentuk komunikasi
dan interaksi yang diamalkan membawa kepada pewujudan persekitaran psikososial
yang membantu pembelajaran.
2.1 Keperluan psikologi
Semasa sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas, murid-murid akan
mengharapkan tumpuan, kasih sayang, penghargaan, pengiktirafan, penyempurnaan
kendiri, rasa kepunyaan, rasa selamat dan sebagainya daripada guru dam rakan
sekelasnya. Sebagai seorang guru, sepatutnya mengambil berat tentang keperluan
psikologi murid-murid di dalam kelas supaya p&p pada hari tersebut dapat
memaksimumkan kadar penglibatan murid sepenuhnya. Contohnya, seperti mana yang
dikatakan oleh Maslow dalam teori humanistik aspek fisiologi, keselamatan,
kasih sayang, penghargaan kendiri dan kognitif merupakan lima keperluan utama
yang harus diperlukan oleh seseorang pelajar di dalam kelas.
Apabila seseorang murid di dalam kelas menjawap soalan yang telah dikemukakan oleh guru dengan betul, maka guru tersebut perlulah memuji anak murid tersebut dengan menggunakan perkataan yang baik seperti ‘bagus, pandai, tahniah’ dan sebagainya. Bukan itu sahaja, guru itu juga boleh memberi tepukan gemuruh atau memberi hadiah supaya murid tersebut merasa bahawa dirinya mendapat keiktirafan serta penghargaan daripada guru dan rakan sekelasnya. Guru juga perlu merancang p&p mengikut tahap kebolehan mereka dan juga selalu memotivasi diri murid melalui bimbingan supaya pelajar dapat aktif dalam p&p di kelas.
2.2 Keperluan fisiologi
Keperluan fisiologi ialah
keperluan asas kehidupan yang amat diperlukan seperti makanan, udara, tempat
tinggal, air, tempat belajar dan sebagainya. Seseorang murid perlu memenuhi
keperluan fisiologi ini terlebih dahulu, barulah mereka akan meneruskan ke
tahapa seterusnya. Contohnya, jika seorang pelajar di dalam kelas tidak makan pada waktu pagi, maka pelajar
tersebut tidak akan dapat memberi penuh tumpuan dalam pelajaran. Murid itu akan
berasa ingin makan atau ingin memenuhi keperluan fisiologinya. Maka sebagai
seorang guru, perlu mengetahui hal-hal seperti ini dan perlu menyelesaikan atau
memenuhi keperluan anak murid tersebut, barulah murid tersebut dapat
mengaktifkan diri dalam semua aktiviti di dalam kelas. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, para
guru sepatutnya memberikan perhatian dan mengambil berat kepada tanda-tanda
yang menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikal pelajar itu.
2.3 Motivasi
Sesetengah guru mungkin
beranggapan bahawa tugas mereka sebagai guru hanyalah mengajar sahaja, bukan
menimbulkan minat pelajar terhadap apa yang mereka ajarkan. Pelajar yang tidak
berminat terhadap apa yang diajarkan oleh guru tetapi dia diharuskan
mempelajarinya, dapat menimbulkan suatu perasaan benci terhadap mata pelajaran
itu, bahkan untuk selanjutnya pelajar itu tidak akan ingin pernah
mempelajarinya. Di dalam kelas yang kita ajar mungkin kita akan mendengar
pelajar berkata, "Saya tidak mampu belajar Bahasa Inggeris" atau
"Saya tidak dapat belajar matematik." Jika kita teliti
permasalahannya, bukan kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut sukar atau
tidak menyenangkan, tetapi kerana guru kedua-dua mata pelajaran itu tidak
menggunakan strategi yang berkesan, sehingga pelajar tidak tertarik untuk
mempelajarinya. Guru seharusnya menggunakan masa yang banyak sewaktu mengajar
untuk memotivasi pelajar-pelajarnya. Jika guru dapat membangunkan motivasi
pelajar terhadap pelajaran yang diajar maka diharapkan pelajar akan sentiasa
meminati mata pelajaran tersebut.
Contohnya, jika seseorang anak murid tersebut memberi jawapan yang salah atau gagal dalam peperiksaan, maka guru sepatutnya tidak menghukumi pelajar tersebut, malah perlu mendekatinya dan harus memberi motivasi kepadanya supaya dia juga dapat merasa dirinya diberi pengiktirafan dan penghargaan sama seperti pelajar yang lain. Hal ini secara langsung dapat memaksimumkan kadar penglibatan murid di dalam bilik darjah.
2.5 Corak Kepimpinan
Guru
perlulah mempamerkan gaya kepimpinan yang berkesan agar murid berasa seronok
untuk belajar. Kepimpinan autoritarian adalah tidak sesuai kerana ia menekan
kepada ganjaran dan hukuman serta cuba mendesak hormat dari murid. Interaksi
guru dengan murid adalah sehala. Guru hanya
memberi arahan dan murid hanya mendengar dan mengikut sahaja. Murid tidak akan diberi peluang untuk menyuarakan
pendapat atau memberi cadangan. Contohnya, semasa sesuatu p&p berlaku,
hanya guru memberi arahan atau ilmu kepada murid dan murid tidak boleh
menyuarakan pendapat mereka kerana perbuatan tersebut menunjukkan bahawa mereka
melanggar peraturan di dalam kelas. Hal ini menyebabkan murid-murid berasa
tegang, marah, dan rasa tidak seronok untuk membelajari sesuatu.
Guru
perlulah bersifat kepimpinan demokratik. Tingkah laku yang baik perlu
ditonjolkan bagi membina suasana yang positif. Tidak lupa juga, peneguhan
dilakukan terhadap murid contohnya memberi pujian kepada murid di atas hasil
kerja mereka yang baik atau pun memberi hadiah kepada murid yang cemerlang
dalam peperiksaan. Peneguhan dilakukan agar menggalakkan murid berusaha untuk
menghasilkan kerja yang baik. Contohnya, semasa guru menjalankan p&p di
kelas, hanya guru sahaja memberi arahan atau pendapat, malah murid-murid juga
boleh menyuarakan pendapat masing-masing, melibatkan diri secara aktif dalam
segala aktiviti semasa p&p. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih aktif dan menyeronokkan.
Kepimpinan jenis laissez-faire juga
sepatutnya tidak begitu baik jika diamalkan semasa p&p berlaku di dalam
kelas. Kepimpinan jenis ini menekankan hubungan antara murid dengan murid
sahaja, bukan antara guru dengan murid. Guru memberi kebebasan sepenuhnya dalam apa sahaja aktiviti pembelajaran. Interaksi yang
terlalu bebas boleh menimbulkan masalah disiplin yang akan menjejaskan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
2.6 Gaya Pembelajaran
Model Gaya Pembelajaran oleh Dunn dan Dunn menyatakan bahawa gaya
pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di
bawah lima stimulus iaitu alam sekitar, emosi, sosiologi, fizikal dan
psikologi. Model gaya pembelajaran ini amat penting kerana setiap murid
mempunyai gaya pembelajaran masing-masing dan guru perlu mengetahuinya dan
tidak patut menyalahi murid tersebut jika gagal dalam peperiksaan kerana ini
merupakan tanggungjawab seorang guru mengetahui gaya pembelajaran anak
muridnya.
Contohnya, seseorang pelajar mungkin tidak dapat belajar dalam situasi yang penuh dengan kebunyian kerana ini akan memnggangu proses pembelajaranya, manakala ada segelintir pelajar boleh belajar sambil mendengar muzik atau lagu dan ini menunjukkan gaya pembelajaran seseorang. Ada segelintir pelajar suka belajar di tempat yang terang dan cerah, manakala ada segelintir pelajar suka belajar di tempat yang kurang cahaya. Sebagai seorang guru, mereka perlu mengetahui gaya pembelajaran anak muridnya supaya dapat memaksimumkan kadar penglibatan murid dalam p&p. Jika hal ini tidak diambil kira oleh guru, maka boleh menimbulkan masalah yang akan menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
3.0 Komunikasi / Interaksi berkesan
Komunikasi antara murid dan guru perlulah baik supaya proses
p&p dapat berjalan dengan baik dan guru juga tidak akan menghadapi masalah
dalam memaksimumkan penglibatan murid dalam bilik darjah. Komunikasi dua hala
terdapat dua jenis. Iaitu komunikasi dua hala antara guru dengan murid dan
antara murid dengan murid.
3.1) Mengamalkam demokrasi
dalam komunikasi.
Kewujudan amalan demokrasi
di dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni.
Pelajar tidak berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka.
Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan itu tidak disenangi
samada oleh guru atau pelajar lain.
3.2) Menggunakan bahasa yang
berkesan.
Sebagai seorang
guru,bahasa adalah media terpenting dalam menyampaikan ilmu. Dalam proses
penyampaian ilmu itu,guru mestilah menggunakan bahasa yang berkesan iaitu
tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret-leret akan
menyukarkan pemahaman pelajar malah mungkin boleh membawa kepada salah tafsir
pelajar. Contohnya, semasa proses p&p berlaku guru mengajar tentang tajuk
“pendarapan”. Semasa p&p tersebut guru sepatutnya memberi penjelasan yang
tepat dan ringkas tentang apa itu pendarapan dan seterusnya mengajar cara
mengkalkulasi. Bukanya seseorang guru itu mengajar definisi “pendarapan” sampai
meleret-leret hinggakan murid tidak dapat faham serta penglibatan murid dalam
proses p&p semakin berkurangan.
3.3) Komunikasi secara lisan
Komunikasi jenis ini biasanya berlaku di
dalam kelas. Ia melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan
daripada seseorang individu kepada individu atau sekumpulan pendengar. Di dalam
bilik darjah guru biasanya memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan murid-murid
sebagai pendengar atau penerima maklumat. Komunikasi jenis ini membantu
penguasaan dan pemahaman pengetahuan, kemahiran, prosedur dan sikap di dalam
bilik darjah. Dikatakan berkesan apabila maklumat atau idea diterima oleh
murid-murid dengan jelas dan mudah di fahami. Suara guru hendaklah jelas, kuat
dan lantang. Perkataan-perkataan yang digunakan hendaklah ringkas dan mudah
difahami oleh murid-murid.
Jika komunikasi
antara guru dan murid dan antara murid dengan murid tidak berkesan, maka secara
langsung ia akan menjejaskan p&p dan guru tidak akan dapat melibatkan
murid-murid dalam mana-mana aktiviti p&p. Pelajar juga akan berasa bosan
dan ini akan menyebabkan masalah disiplin berleluasa di dalam bilik darjah.
4.0 Pengurusan Sumber
Maklumat Murid
Rekod dan data maklumat
peribadi murid-murid adalah penting dalam membantu guru membuat keputusan
tentang pengurusan bilik darjah. Maklumat peribadi murid-murid membantu guru menentukan aktiviti
atau pengalaman yang sesuai dengan minat murid. Maklumat seperti ketinggian dan
berat badan murid memberitahu guru jika kadar pertumbuhan muridnya seperti
kanak-kanak biasa yang lain. Contohnya, apabila guru mendapat maklumat tentang
berat badan atau ketinggian murid, maka guru boleh menentukan aktiviti seperti
sukan, aktiviti Badan Beruniform dan sebagainya
Selain itu, melalui maklumat peribadi murid-murid, ia
dapat memaklumkan kepada guru tentang keperluan murid-murid lain, misalnya
bantuan dari segi kewangan. Murid-murid yang menghadapi masalah kewangan akan
sentiasa dibantu melalui jawatankuasa yang dibentuk di sekolah. Pihak sekolah
juga akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua
bentuk bantuan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan. Tetapi, pihak
sekolah akan sentiasa melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi
menjaga maruah murid tersebut.
Di samping itu, maklumat
ini juga memberi peluang kepada guru kelas menghubungi ibu bapa atau penjaga
supaya dapat berbincang tentang anak muridnya. Guru boleh memaklumkan kepada
ibu bapa atau penjaga jika anak mereka kurang sihat, ponteng kelas atau
sekolah, prestasi pendidikan, tidak melaksanakan kerja rumah atau menunjukkan
masalah tingkah laku yang tidak baik serta rawatan penyakit atau kecemasan
boleh diberi kepada murid ketika di sekolah. Oleh itu, maklumat seperti nama
ibu bapa atau penjaga, pekerjaan ibu bapa, alamat rumah dan nombor telefon
perlu ada dalam rekod peribadi murid-murid. Maklumat sebegini dapat membantu
guru dalam pengurusan bilik darjah, khususnya dalam mewujudkan psikososial yang
sihat.
Seterusnya, catatan atau
komen guru mata pelajaran serta markah purata membantu ibu bapa mengetahui dan
memahami kemajuan akademik serta kekuatan atau kelemahan anaknya. Keputusan
ujian dan peperiksaan yang dilaksanakan setiap tahun dicatat dalam Buku
Laporan. Buku Laporan juga mengandungi catatan atau komen oleh setiap guru mata
pelajaran tersebut. Hal ini membolehkan ibu bapa menasihati, membimbing anak-anak
mereka dan juga bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membantu anak ini.
Selain itu, guru perlu
mencatat segala maklumat tentang kokurikulum pelajar iaitu maklumat mengenai
badan beruniform, sukan, persatuan dan kelab dan sebagainya. Hal ini kerana,
mungkin rekod tersebut membantu pihak sekolah menghantar wakil sekolah ke
pertandingan-pertandingan sukan, bahasa, pidato, forum, kawad kaki, perkhemahan
dan sebagainya. Merekod data ini adalah penting bagi murid-murid sekolah rendah
atau menengah kerana markah kokurikulum akan memberi impak kepada pengajian
mereka pada masa akan datang. Hal ini secara langsung dapat melahirkan anak
murid yang berkebolehan tinggi serta dapat memaksimumkan kadar penglibatan
semua murid di sekolah dalam aktiviti kokurikum ini.
Jika seseorang guru
gagal merekod data maklumat peribadi murid di sekolah, hal ini akan menjejaskan
proses pembelajaran anak muridnya di dalam kelas. Contohnya, jika guru tidak
merekod rekod kesihatan anak muridnya, ini akan membawa masalah yang lebih
besar apabila murid yang mengalami masalah kesihatan yang rumit tersebut
dipilih untuk mewakili aktiviti sukan di sekolah. Ini akan mendatangkan risiko
yang besar kepada nyawa anak murid tersebut. Selain itu, jika seorang guru
gagal merekod prestatsi pendidikan muridnya, maka guru tidak akan dapat
menentukan gaya pembelajaran yang sesuai bagi mereka dan ini secara tidak
langsung akan menjejaskan prestasi pendidikan mereka.
Sebagai seorang guru,
beliau patut mengambil inisiatif dalam merekod maklumat atau data murid-murid
supaya guru dapat memastikan taraf pencapaian, kelakuan dan tingkah laku murid
yang bermasalah dan tidak bermasalah, masalah kewangan, masalah keluarga dan sebagainya. Ini akan dapat membantu guru
dalam mencari jalan penyelesaian bagi murid-murid tersebut. Hal ini demikian kerana, pelajar
yang bermasalah mungkin tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam
p&p dan guru mungkin mengalami kesukaran dalam melibatkan murid secara
aktif dalam aktiviti di bilik darjah.
Selain daripada
persekitaran yang kondusif, pengurusan pentaksiran dan sumber maklumat murid
mempunyai implikasi ke atas proses pembelajaran di dalam biik darjah. Dengan
itu, maklumat ini mesti sentiasa dikemaskini dan disimpan dalam keadaan yang
baik dan mudah diperoleh apabila diperlukan.
5.0 Peraturan Dan Rutin Bilik Darjah
5.1 Peraturan Bilik Darjah
Peraturan ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang
boleh diterima di dalam bilik darjah.
Manakala rutin pula ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam spesifik
mereka di dalam bilik darjah. Peraturan dan rutin bertujuan melicinkan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Peraturan yang telah dibentuk
perlulah perlu dipersetujui oleh para pelajar di dalam kelas dan peraturan yang
ditetapkan perlulah ringkas dan jelas.
Guru perlu peka bahawa peraturan bertujuan melincinkan proses pengajaran, memberikan peluang kepada murid untuk fokus dan melibatkan diri dalam pembelajaran, menggalakkan tingkah laku yang dikehendaki dan mengurangkan tingkah laku yang dikehendaki dan mengurangkan tingkah laku distruptif. Perlu diingatkan bahawa peraturan mesti dilaksanakan dengan konsisten supaya ia berkesan dan peraturan bukan bertujuan untuk menghukum pelajar.
Contohnya, peraturan biasa kita dengar dan melihat ialah ‘menjaga kebersihan bilik darjah’. Pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut perlulah mematuhi peraturan di dalam kelas tersebut dan sentiasa membersihkan kelas kerana persekitaran fizikal yang bersih dan ceria akan membantu para pelajar mempelajari p&p pada hari itu dengan tanpa apa-apa gangguan. Peraturan lain seperti ‘ mematuhi peraturan sekolah’ perlu dipatuhi oleh murid-murid supaya tidak ada berlaku apa-apa masalah atau gangguan semasa p&p berlaku.
Jikalau peraturan yang telah ditetapkan di dalam kelas tidak
dipatuhi, maka secara langsungnya ini akan menggangu p&p dalam kelas.
Murid-murid yang tidak mematuhi peraturan di dalam kelas akan mengganggu
pelajar yang lain semasa proses p&p berlaku. Ini akan menjejaskan p&p pada
hari tersebut. Kelas akan menjadi kucar-kacir apabila peraturan tidak dipatuhi.
Sebagai seorang guru, beliau perlulah memastikan segala
peraturan yang telah ditetapkan ialah atas kebenaran dan demi kebaikan mereka
semua. Guru perlu mengawasi tingkah laku pelajar yang tidak mematuhi peraturan
di dalam kelas kerana ini akan menjejaskan proses pembelajaran anak murid yang
lain. Semasa membentuk peraturan, guru juga perlu mempertimbangkan
langkah-langkah yang akan diambil oleh beliau jika murid tidak mengikuti
peraturan. Antara langkah yang guru boleh laksanakan termasuklah melarang murid
keluar dari bilik darjah pada waktu rehat atau menyuruh murid mengutip sampah di dalam bilik darjah.
Guru juga boleh memberi ‘time-out’, iaitu murid terbabit diasingkan daripada
rakan dan diminta duduk di suatu sudut di dalam bilik darjah. Hal ini bertujuan
memberikan masa kepada murid untuk memikirkan tentang tindakan atau kelakuanya.
5.2 Rutin Bilik Darjah
Rutin merupakan satu cara tetap
untuk menjalankan aktiviti bilik darjah setiap hari atau prosedur tetap
menjalankan aktiviti harian bilik darjah. Penggunaan rutin di dalam bilik
darjah akan menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah. Guru
sebagai pentadbir menjalankan rutin seperti menanda jadual kedatangan, menyemak
keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan menyimpan bahan-bahan seperti buku
cerita, buku teks, menyemak dan memulangkan buku latihan, mengutip yuran dan
lain-lain lagi.
Rutin
kelas adalah seorang guru perlu
mencipta persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif dan buat beberapa
peraturan dan prosedur asas bilik darjah untuk memudahkan implementasi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengurusan
peraturan dan kebersihan bilik darjah juga bertujuan sebagai pencegahan dalam
mengurangkan masalah pengurusan bilik darjah seperti, penyelewengan tingkah
laku bilik darjah. Contoh rutin bilik darjah ialah mengurus
kebersihan bilik darjah, termasuk menyapu lantai, menyusun kerusi dan meja
serta membersihkan papan tulis, membentuk peraturan dan jadual kerja bilik
darjah.
Ada rutin yang dilaksanakan pada setiap hari, misalnya
cara murid masuk ke kelas selepas waktu rehat. Murid mungkin dikehendaki ke
tapak perhimpunan dahulu kemudian beratur masuk kelas setiap hari selepas waktu
rehat ataupun murid dikehendaki beratur sebelum pergi ke pusat sumber dan
makmal sains dan sebagainya. Terdapat rutin yang hanya dilaksanakan apabila
perlu oleh guru, misalnya kutipan yuran pada awal tahun, pinjaman serta
pemulangan buku teks daripada Skim Pinjaman Buku Teks dan sebagainya. Rutin boleh dibentuk melalui perbincangan
dengan murid.
Rutin pembelajaran murid berlaku dalam kalangan
murid dan pembelajaran harian dan ia membantu menyokong aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Prosedur yang betul dalam sebenar menjalankan rutin adalah
penting dan murid harus melibatkandiri di mana perlu. Contoh rutin pembelajaran
ialah memungut buku latihan, menanda buku latihan, mengagihkan bahan dan juga menyusun
sumber buku. Murid juga perlu melibatkan diri secara aktif.
Jika sesuatu rutin di dalam bilik darjah
tidak dipatuhi, maka secara langsungnya ia akan menjejaskan proses p&p di
dalam kelas. Lama-kelamaan pelanggaran rutin bilik darjah akan menjadi masalah
disiplin yang sukar dikawali oleh guru. Ini akan menjejaskan p&p serta
menjejaskan ketenteraman bilik darjah. Guru juga mungkin tidak dapat
mengaktifkan penglibatan para pelajar dalam semua aktiviti di bilik darjah.
6.0
Membina Hubungan Guru-Murid
6.1
Kepentingan Membina Hubungan Guru-Murid
Hubungan
guru-murid mempengaruhi perkembangan dan prestasi pembelajaran murid. Membina hubungan yang positif dan berkesan
antara guru dengan murid boleh meningkatkan komunikasi yang berkesan antara
kedua-dua belah pihak. Hubungan guru-murid memerlukan kerjasama kedua-dua belah
pihak. Komunikasi yang baik akan menyebabkan rutin bilik darjah lebih teratur
dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan
dan akan menyumbang kepada peningkatan prestasi murid.
Hubungan
guru-murid yang baik menaikkan motivasi dan semangat kepada guru untuk mengajar. Guru yang membina
hubungan yang baik dengan murid-muridnya dapat melicinkan perjalanan p&p.
Apabila aktiviti p&p berjalan lancar, guru akan menjadi semakin bermotivasi
untuk mengajar. Selain itu, kerjasama murid dengan murid akan memberikan kesan
kepada pengajaran guru. Aktiviti
pengajaran akan menjadi lebih seronok dan efektif sekiranya mendapat kerjasama
yang padu daripada murid-murid. Penglibatan murid yang aktif dalam aktiviti
p&p mendorong guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih praktik dan
berkesan.
Hubungan
ini juga memberi impak kepada murid di dalam kelas juga. Murid lebih berminat
untuk belajar di dalam kelas. Murid-murid yang berkomunikasi dengan baik dengan
guru-guru dapat meluahkan masalah serta dapat memberikan pandangan mereka. Guru
juga dapat memberikan maklum balas yang dikehendaki yang boleh di terima oleh
murid. Komunikasi dua hala dan hubungan demokratik yang baik akan merangsang
minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti p&p. Selain itu juga,
murid-murid akan lebih memberikan kerjasama kepada guru. Hubungan guru-murid
yang baik memberikan peluang kepada murid untuk menjalinkan kerjasama yang erat
dengan guru. Murid berpeluang untuk lebih rapat dengan gurunya. Hal ini
membolehkan guru mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid-muridnya serta
memberikan peneguhan yang sesuai.
6.2
Penampilan daN Bahasa Badan
Penampilan guru memainkan peranan
pertama dalam mengeratkan hubungan antara guru dengan murid. Murid menilai guru
berdasarkan penambilan dirinya iaitu etika pakaian. Murid menilai seseorang
guru dalam pandangan pertama dan ini dapat jelas mereka teliti dari segi aspek
luaran fizikal atau penambilan diri. Guru yang memili penampilan diri yang
bagus dan kemas, mereka akan mudah didekati oleh murid-muridnya. Sekiranya
seorang guru masuk ke dalam kelas dengan berpakaian selekeh, tangan mendakap
diri dan tiada kontak mata dengan murid-muridnya, murid-murid akan mendapat
mesej bahawa guru tidak berminat untuk mengajar atau tidak mempunyai keyakinan
diri. Tetapi sekiranya seorang guru masuk ke dalam kelas dengan senyuman di
bibir dan berpakaian kemas serta menunjukkan kewibawaan sebagai seorang guru,
murid-murid akan berasa ceria dan bersedia untuk belajar dengan tenang.
Dalam komuniti yang mengamalkan
budaya penyayang, ahli-ahlinya saling menghormati, mengambil berat,
ingat-mengingati dan boleh berkongsi emosi/ perasaan secara jujur. Dalam
konteks bilik darjah, guru memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan
budaya penyayang dalam kalangan muridnya. Guru perlu menunjukkan amalan-amalan
dan konsep penyayang dikehendaki semasa berhubungan dengan murid. Guru komited
dengan usaha ini akan menjadikanya sebahagian daripada amalanya sendiri. Guru
juga perlu mengawasi dan menerapkan amalan-amalan penyayang dalam kalangan
murid. Guru menunjuk ajar dan menegur murid-murid dengan amalan-amalan yang
telah ditetapkan bersama. Guru harus bijak mentransformasikan budaya saing
dalam bidang akademik sahaja kepada budaya yang berteraskan hubungan yang baik,
saling membantu dan kasih sayang di dalam bilik darjah.
6.3
Dinamika Kumpulan
Dinamika
bilik darjah ialah apabila sesuatu kumpulan rakan sebaya berupaya mengerakkan
sebaya berupaya mengerakkan ahli-ahlinya bertindak mengikut matlamat yang sama.
Sebagai seorang guru, beliau patut menyediakan p&p yang berkesan dan
menarik perhatian minat murid serta ia perlulah berorientasikan murid. Guru
juga perlu menggunakan pelbagai kaedah atau pendekatan yang baru daripada yang
lain iaitu menjalankan aktiviti yang merangsang minda mereka, aktiviti secara
kolaboratif, koporatif dan sebagainya. Guru juga bolehlah menggunakan ICT
semasa p&p berlaku dan menyediakan bahan bantu mengajar yang merangsang dan
mendorong murid membuat eksporasi maklumat mengikut kadar kendiri. Selain itu,
guru perlu meningkatkan motivasi dan tingkatkan budaya berpengetahuan dan
berkemahiran serta adil dan saksama tanpa memencilkan murid lambat (slow
learner), pemalu, pilik kasih dan sebagainya.
Jikalau hubungan guru-murid tidak
dijalin seperti yang dinyatakan di atas, maka dengan sendirinya proses p&p
akan terbantut dan guru tersebut tidak akan dapat mengaktifkan penglibatan
murid dalam aktiviti di bilik darjah. Oleh sebab itu, guru perlu mewujudkan
hubungan yang harmonis dan baik antara guru dengan murid supaya p&p dapat
berjalan dengan berkesan tanpa sebarang masalah.
7.0
Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran
Kompetensi
p&p merangkumi pengetahuan dan kemahiran guru dalam mendidik anak muridnya.
Antara jenis pengetahuan termasuklah
pegetahuan am, pengetahuan pedagogi, pengetahuan kurikulum dan mempunyai kemahiran
tentang peggunaan iCT, komunikasi dan sebagainya.
7.1
Pengetahuan Kurikulum
Sebagai
seorang guru, beliau perlu menguasai pengetahuan kurikulum sepenuhnya. Guru
perlu memahami konsep, prinsip, dan struktur subjek yang diajar dengan
mendalam. Seseorang guru yang mengajar perlulah memahami isi kandungan atau
konten ilmu dengan baik serta memberikan contoh yang sesuai dan mengaitkanya
mengikut dengan kehidupan seharian. Contohnya, jika seseorang guru mengajar
subjek pendidikan seni visual, maka guru tersebut perlulah mempunyai ilmu
kurikulum yang baik supaya beliau dapat menjalankan p&p yang berkesan serta
dapat melibatkan kadar penglibatan murid dalam aktiviti di dalam bilik darjah.
Jika seorang guru tidak mempunyai ilmu kurikulum tentang Pendidikan Seni Visual,
tetapi beliau ditugaskan mmengajar subjek tersebut, maka guru tersebut perlu
mnyediakan dirinya dengan ilmu tersebut supaya murid-murid tidak berasa bosan
semasa p&p berlaku.
Guru
yang berpengetahuan tentang subjeknya akan mengetahui topik mana yang sukar dan
memerlukan masa yang lebih serta perlu dijelaskan dengan contoh dan ilustrasi.
Kemahiran menerangkan ini dapat membantu guru menyampaikan topik ini dalam
bentuk yang jelas mengikut penyusunan idea yang sistematik dan kadar yang
sesuai supaya boleh difahami oleh murid-murid. Kemahiran menggunakan contoh,
ilutrasi dan alat bantu mengajar penting kerana ia membantu menjelaskan sesuatu
idea dengan tepat serta memudahkan murid-murid menerima sesuatu konsep yang
diajar.
Jika
seseorang guru tidak mempunyai ilmu tentang kurikulum yang akan diajarkan
olehnya, maka guru itu perlu menyediakan dirinya dengan ilmu tersebut supaya
dan keberkesanan p&p tidak terjejas. Di samping itu, guru juga perlu
sentiasa berusaha mempelajari perkara-perkara baharu, misalnya membaca,
menghadiri seminar atau bengkel berkaitan subjek yang diajar agar pengajaranya
kekal releven.
7.2
Pengetahuan Pedagogi
Seorang
guru perlu hebat dalam pedagoginya atau lebih dikenali “pedagogical knowledge”.
Guru perlu berfikir secara kreatif dan kiritis atau berinovasi dalam menyediakn
strategi atau kaedah pengajaran semasa p&p di dalam kelas. Murid-murid
generasi sekarang lebih berfikiran kreatif dan mereka lebih dideahka dengan dunia
luar. Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa memikirkan strategi atau kaedah
pengajaran yang paling sesuai dan berkesan kepada mereka supaya anak murid
tidak berasa bosan semasa p&p di dalam kelas.
Kemahiran
memilih strategi dan kaedah memberikan peluang kepada guru mempelbagaikan penyampaian
bersesuaian dengan keperluan, tahap pencapaian di samping mengambil kira
perbezaan dalam kalangan murid. Guru yang efektif juga akan mengambil kira gaya
pembelajaran yang berbeza dalam kalangan muridnya. Selain itu, murid mempunyai
tempoh penumpuan yang pendek. Maka keupayaan mewujudkan pelbagai rangsangan
akan memberikan peluang kepada murid menggunakan pelbagai deria misalnya
penglihatan, pendengaran, kinestetik, dan taktil yakni menimbulkan minat dan
perhatian mereka.
Contohnya,
semasa proses p&p berlaku didalam kelas, guru boleh menggunakan teknik
perbincangan dalam kumpulan, permainan bahasa, kuiz, teka silang kata,
nyanyian, drama, simulasi, tarian dan banyak strategi lain boleh digunakan
supaya ini akan dapat merangsang minat murid untuk belajar dan guru juga dapat
memastikan semua pelajarnya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan
semasa p&p. Guru itu juga perlu berkreatif dalam menyediakan bahan bantu
mengajar bagi kanak-kanak mengikut tahap kognitif, kesukaan mereka. Guru perlu
menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan di dalam bilik darjah supaya
ABM tersebut dapat membantu dalam keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.
7.3
Kemahiran Penilaian
Kemahiran
penilaian membantu guru mengetahui jika hasil pembelajaran telah dicapai
ataupun tidak. Guru boleh menggunakan bentuk penilaian formal dan tidak formal
untuk menjalankan penilaian berterusan. Guru boleh menilai murid selepas atau
sebelum setiap p&p tamat iaiatu dengan
cara memanggil seorang murid dan menanyakan beberapa soalan tentang p&p
pada hari itu, ataupun suruh pelajar tersebut memberi refleksi pada penghujung
p&p. Jika boleh, guru boleh memberi soalan atau kuiz selepas p&pa tamat
kerana ini dapat menilai tahap pencapaian murid dalam p&p tersebut. Keputusanya
membantu guru dalam perancangan untuk pengajaran yang berikutnya. Keputusan
penilaian juga membantu guru mengenal pasti murid yang memerlukan bimbingan dan
murid yang boleh diberikan aktiviti pengayaan.
Jika tida menjalankan penilaian, guru tidak akan dapat mengenali pelajar yang perlukan aktiviti pengayaan dan sebagainya. Selain itu, penilaian ini juga membantu guru merancang pedagogi atau strategi p&p pada keesokan harinya mengikut tahap pencapaian murid. Pada masa yang sama, guru boleh menggunakan kemahiran pedagogi untuk menerapkan nilai-nilai, misalnya apabila guru menggunakan teknik perbincangan, maka secara tidak langsung akan bekerjsama dalam kumpulan, belajar mendengar pendapat orang lain dan juga dapat menerima pandangan orang lain.
8.0
Pengurusan Pentaksiran di dalam Bilik Darjah
8.2
Pengukuran dan Penilaian
Pengukuran
ialah penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kauntitatif atau maklumat
tentang pencapaian pembelajaran individu. Pengukuran boleh dikumpul secara
formal melalui kuiz, latihan, amali, projek, ujian bertulis.
Seseorang
guru perlu menitikberatkan tentang aspek ini kerana sebagai seorang guru kita
perlu mengukur tahap pencapaian pembelajaran individu atau murid selepas setiap
proses pengajaran dan pembelajaran tamat kerana guru akan mengenal pasti tahap
pencapaian mereka dalam akademik serta dapat menyediakan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berksesan kepada murid-murid pada kelas akan
datang.
Selepas p&p tamat, guru bolehlah mengadakan aktiviti kuiz menggunakan powerpoint atau secara lisan supaya guru boleh mengenal pasti murid-murid yang telah capai objektif p&p pada hari tersebut dan sebaliknya. Selain itu juga, guru bolehlah memberikan kerja amali atau projek kepada murid sebagai aktiviti individu kerana guru boleh mengenal pasti kelebihan dan kelemahan murid-murid dengan lebih terperinci serta guru dapat mencari strategi atau pengayaan yang berkesan kepada mereka.
Contohnya, Ramu mendapat
80 peratus dalam ujian Sejarah. Prestasi Ramu tidak dinyatakan sama ada baik
atau sebaliknya. Dalam hal ini, pencapaian sejarah hanya diukur tanpa
memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya
menentukan tahap prestasi/ ciri tertentu sesorang individu atau pelajar
mengikut alat yang digunakan. Selain itu, kemahiran melukis seseorang pelajar
boeh diukur melalui pemerhatian/ pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya
boleh diukur melalui temubual.
8.2 Pengujian dan Penilaian
Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam
bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru
berhubung tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang
telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masalah yangtimbul dalam sesi
pengajaran pembelajaran yang berlangsung. Dengan itu guru dapat mengenal pasti
tahap kemajuan seseorang murid dalam bilik darjah tersebut sama ada pada
tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada
penilaian yang dijalankan juga guru dapat mengenal pasti murid yang
cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan murid yang lemah yang memerlukan
aktiviti pengayaan. Guru juga akan membuat keputusan sama ada
untuk mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan
murid atau mengulang menggunakan strategi sama dan sebagainya.
Contohnya, seseorang guru Matematik
yang akan mengajar kepada tajuk perpecahan, guru itu perlu mengetahui aspek
kemahiran manakah yang telah dikuasai oleh pelajar iaitu operasi tambah, tolak,
darap, bahagi dan sebagainya. Maklumat
ini penting bagi guru membuat keputusan
dalam menentukan peringkat
yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran. Penilaian dan pengujian yang dijalankan sepanjang tempoh
pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung pula akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu.
Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan ini akan memungkinkan guru mengetahui
masalah yang dihadapi oleh pelajar.
8.3
Pentaksiran
Terdapat
dua jenis pentaksiran, iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.
Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian secara formatif iaitu di mana
dijalankan secara berterusan semasa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada
penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil
pembelajaran telah dikuasai. Maka guru
dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid
dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada
akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian
seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat
pemilihan.
8.4
Proses Penyediaan Ujian dan Peperiksaan
Guru
perlu merancang penyediaan ujian dan peperiksaan dan perlu menetapkan beberapa
perkara. Semasa guru menyediakan ujian atau peperiksaan guru perlu mengikut JPU
atau kini lebih dikenali JSU. Ia merupakan panduan yang digunakan dalam
membentuk item soalan. Jadual ini mengandungi topik, objektif pengajaran dan
aras kefahaman yang hendak diuji. Semasa guru menyediakan ujian atau
peperiksaan, mereka perlu menitikberatkan banyak perkara-perkara dan semasa
pentadbiran ujian guru perlu menentukan beberapa peraturan supaya kelancaran
dalam peperiksaan.
8.5
Pentadbiran Ujian atau Peperiksaan
Pentadbiran ujian dan peperiksaan
mempunyai kesan ke atas sikap murid. Pentadbiran yang baik akan menekankan
kepentingan ujian dan peperiksaan dan memberi murid satu persepsi yang serius
terhadap aktiviti ini yakni mendorong murid mengambil berat tentang pentaksiran
yang dilaksanakan. Murid akan berasa yakin dan menaruh kepercayaan terhadap
guru dan sistem persekolahan jika pentadbiran ujian dan peperiksaan
dilaksanakan mengikut prosedur yang betul. Sikap positif murid terhadap sistem
sekolah mempengaruhi tingkah lakunya di
dalam bilik darjah. Murid cenderung memberikan kerjasama sekiranya dia
menghormati organisasi tempat dia berada. Sikap seperti ini akan menyumbang
kepada suasana sosioekonomi yang sihat di dalam bilik darjah.
9.0
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
9.1
Model Modifikasi Tingkah Laku oleh B.F.Skinner
Model ini menekankan suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman yang berbentuk peneguhan positif dan peneguhan negatif. Untuk mendapatkan tingkah laku yang baik, ia boleh dimajukan dengan menggunakan peneguhan. Teori Tingkah laku Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali sebagai satu pengukuhan kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kawalan tingkah laku secara berkesan. Dalam konteks bilik darjah, pengukuhan positif diberikan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang diingini. Pengukuhan positif ini boleh diberi dalam bentuk ganjaran material dan kata-kata pujian. Manakala, pengukuhan negatif pula adalah rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Contohnya, apabila terdapat seorang
budak yang takut untuk memberi jawapan atau takut untuk berinteraksi dengan
guru dan rakanya, guru boleh menggunakan cara peneguhan positif di mana guru
boleh memberi ganjaran atau memberi kata-kata ucapan selalu apabila budak
tersebut memberi jawapan yang betul. Jika murid itu memberi jawapan yang salah,
maka guru sepatutnya tidak menghukumnya, malah memberi motivasi supaya murid
itu akan dapat mengaktifkan diri dalam semua aktiviti p&p. Guru juga
bolehlah dapat memaksimumkan kadar penglibatan murid di dalam kelas.
Walau bagaimanapun, penuguhan ini
tidak baik kerana murid akan aktif dalam p&p jika mereka mendapat ganjaran
atau pujian. Model ini lebih tertumpu kepada pembetulan tingkah laku yang
ditunjukkan bukanya cara-cara pencegahan masalah tingkah laku di dalam bilik
darjah.
9.2
Model Disiplin Asertif Canter
Fokus utama model akibat logikal Dreikurs ini adalah mewujudkan
suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa
dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan bilik darjah yang baik tidak
seharusnya menggunakan hukuman. Selain itu juga, model ini menekankan guru
perlu mengenal pasti punca salah laku dan murid perlu dibimbing untuk memahami
peraturan di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu murid sendiri perlu dilatih
untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.
Terdapat beberapa motif utama salah laku. Antara motifnya
ialah, mendapatkan perhatian, membalas dendam, mencabar kuasa, dan menunjukkan
kekurangan.
Untuk murid-murid yang mempunyai
salah laku motif seperti tersebut, Dreikurs telah menyediakan cara untuk
menangani murid-murid yang mempunyai salah laku motif iaitu kenal pasti motif
murid , bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bantu murid tukar matlamat
salah kepada matlamat sebenar, bimbing murid bertanggungjawab ke atas matlamat
baharu dan bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya.
Contohnya,
motif membalas dendam. Apabila guru tidak bersikap adil, tidak memberi
perhatian atau kasih sayang dan bersikap autokratik di dalam kelas, maka murid
itu akan bertindak ingin membalas dendam terhadap guru tersebut. Pada masa ini,
guru perlulah mendekatinya dan cuba menyelesaikan masalah tersebut dan perlulah
bersikap adil supaya guru dapat memaksmumkan kadar penglibatan murid dalam
p&p, serta demi keberkesanan p&p tanpa gangguan masalah disiplin.
9.3 Model Terapi Realitik Glasser
Terapi realiti berlandaskan
3 prinsip berikut iaitu setiap individu bertanggungjawab ke atas tingkah
laku masing-masing, setiap individu berupaya untuk berubah dan hidup
secara berkesan sekiranya diberikan bimbingan dan sokongan dan setiap
individu bertingkah laku mengikut cara tertentu agar dapat membentuk
persekitaran mengikut kehendak masing-masing.
Pelan pengurusan bilik darjah
Glasser ialah guru hendaklah melapangkan masa untuk mengenal pasti
punca tingkah laku bermasalah murid tersebut. Seterusnya guru
perlu mempertimbangkan cara penyelesaian. Guru juga perlu berusaha
mencegah salah laku melalui dua cara iaitu berikan latihan dalam kelas
yang menarik dan bina hubungan yang positif dengan murid. Selain
itu, guru harus mempertingkatkan cara penyoalan. Guru juga perlu
mengadakan perbincangan dengan murid-murid. Murid dikehendaki
membentuk satu pelan yang mengandungi tindakan positif dengan bantuan
guru. Jika tidak berkesan,murid diasingkan dengan menggunakan time-out dalam
bilik darjah. Murid dihantar ke satu lokasi yang selesa tetapi tidak
mengancam orang yang menyelia mereka. Bagi murid yang di luar kawalan, guru
hendaklah menghubungi ibu bapa untuk berpindah sekolah. Jika masih
serius, rujuk murid kepada pihak berkuasa.
Model Terapi Realiti membantu individu mengenal reality kehidupan dan memenuhi kehendak kehidupan mereka melalui pilihan-pilihan yang dibuat mengikut lunas yang telah ditetapkan. Di dalam persekitaran sekolah, guru harus menegaskan kepada murid-murid tentang kelakuan-kelakuan yang diterima di sekolah dan peraturan yang harus diikuti di sekolah. Jangkaan sebenar terhadap persekitaran pembelajaran dan aktiviti p&p perlu diterangkan dengan jelas supaya murid mempunyai panduan dan pilihan yang memberi manfaat kepada mereka dan persekitaran pembelajaran itu sendiri.
10.0
Intervensi dalam Menangani Masalah Disiplin
10.1
Pastoral Care
Pastoral Care ialah elemen
sokongan selain daripada tugas guru dalam bidang akedemik dan membantu guru
untuk merealisasikan kehendak di dalam Falsafah Penddikan Kebangsaan dan Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang ingin menghasilkan modal insan yang
menyeluruh dan harmonis dalam semua aspek.
Murid diberikan pendidikan yang
menyeluruh serta berfokus kepada pembangunan keyakinan diri dan disiplin
kendiri. ‘Pastoral Care’ juga fokus kepada pendekatan berpusatkan murid yang
membentuk murid secara individu, memotivasikan murid untuk mempunyai inisiatif
dan inovasi supaya mendapat hasil yang maksimumkan di dalam aktiviti
pembelajaran. Murid-murid yang berkebolehan akan dideahkan dengan cirri-ciri
kepimpinan seperti Badan Kebajikan Murid atau Badan Pengawas Sekolah.
Peneguhan nilai-nilai, moral dan
agama diberi peneguhan yang sesuai, iaitu murid-murid didedahkan dengan
nilai-nilai agama melalui aktiviti-aktiviti seperti kem-kem ibadah, kem-kem
solat, bulan nilai-nilai murni serta bimbingan formal dan tidak formal yang
diberikan berterusan oleh guru-guru agama, moral dan guru-guru lain secara
merentas kurikulum.
10.2
Bimbingan dan Kaunseling
Bimbingan
merupakan suatu proses yang dirancang dan digunakan oleh guru untuk membantu
murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan kelemahan diri
serta membantu murid membuat penyesuaian dengan persekitaran. Manakala
kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu murid memahami
dirinya yang sebenar.
Murid-murid
sekolah sentiasa terdedaah kepada rangsangan-rangsangan negatif yang mendorong
mereka untuk membuat pilihan-pilihan yang salah. Masalah keluarga, rakan sebaya,
akademik dan perkembangan sering menggangu emosi mereka. Gangguan emosi yang
tidak ditangani dengan baik kemungkinan muri-murid terjebak dalam salah laku
dan kelakuan negatif. Murid-murid yang sebegini memerlukan bimbingan dan
kaunseling yang akan membantu individu meningkatkan kefahaman diri serta
kemahiran menangani masalah dan cabaran dengan lebih berkesan.
Contohnya,
apabila terdapat sesuatu pelajar yang tidak aktif dalam semua aktiviti p&p
kelas, guru perlu mendekatinya dan mencari sebab kelakuan tersebut. Mungkin
pelajar tersebut mempunyai masalah yang tidak dapat dikongsi. Guru perlu
memberi bimbingan dan kaunseling kepada pelajar berkenaan supaya dia akan dapat
aktif dalam p&p serta budak tersebut tidak terjemurus dalam perkara-perkara
yang tidak baik. Peranan guru hanya bukan tertumpu dalam kurikulum sahaja,
malah lebih daripada itu.
10.3
Teknik Modifikasi Tingkah Laku
Teknik Modifikasi Tingkah Laku
merupakan salah satu intervensi yang boleh digunakan oleh guru dalam
menguruskan disiplin di dalam bilik darjah. Teknik ini menggunakan peneguhan.
Contonya, apabila guru memberitahu
murinya bahawa jika menyiapkan kerja rumah dengan cepat dan tanpa berbuat
bising guru akan memberi peluang untuk balik ke rumah awal. Tingkah laku yang
tidak diingini yang dilakukan oleh murid ialah berbuat bising semasa membuat
kerja rumah. Apabila tingkah laku yang tidak diingini digabung dengan peneguhan
positif maka murid akan menunjukkan tingkah laku yang baik dan diingin oleh
guru. Peneguhan yang diberi kepada tingkah laku yang diingini oleh guru akan
mengurangkan atau melenyapkan tingkah laku yang tidak diingini. Hal ini juga
memberikan peluang kepada guru untuk memberikan ganjaran kepada tingkah laku
yang diingini dan bukan mendenda tingkah laku yang mendatangkan masalah.
Oleh
itu, sebagai guru perlulah membimbing dan memberi kaunseling kepada pelajar
supaya murid tersebut dapat mengaktifkan dirinya dalam p&p serta demi
keberkesanan p&p yang baik. Tingkah laku yang tidak diingini perlulah
dicegah melalui peneguhan positif bukanya mendenda atau menghukum pelajar
tersebut.